Nuffnang

Tuesday, 3 July 2012

Hari Minggu Yang Indah

Salam,

SABTU

Weekend aritu agak busy jugak la sebab hari Sabtu tu pergi wedding officemate kat Batu Pahat. Kami pergi konvoi beberapa buah kereta. Sangat adventure sebabnya walaupun dekat tapi kami tetap sesat. hurmmm.

Kami sampai ngam-ngam perut bergelodak lapar. Apalagi membaham makanan bagai tiada hari esok. hehehehe...


Senyap bila sorang satu dapat main game..lega mak ko..Aqil duduk depan dengan En Faizal asik tidur je bosan kot...ekekekke..


Gambar pengantin tak amik sebab kamera tertinggal dalam kereta..sob..sobb.. ni pun tumpang kasih kamera kawan. Muka Aqil yang kebingungan sebab ramai sangat orang. Suka sangat dengan kuih makmur kat tgn dia tu sampai nak abis sebalang dikerjakan..hahahaha...balik tapau lagi....

Inilah tujuan duduk belakang sebab senang nak bergambar sampai lebam...bhahahahah...selepas pergi kenduri kawen menziarah kawan yang sakit kat hospital pastu memansing bawak haluan sendiri.

Bagitau En Faizal nak singgah pekan Ayer Hitam nak tengok pasu bunga. Sekali sampai sana lain pulak mata aku ni nampak...wahhhh lawanya karpet dia!!!!!! terbayang-bayang cantiknya karpet dia tu sampai la ni...hahahah....mendayu-dayu sore aku bisik kat telinga En Faizal." Yang lawanya karpet tu beli nak tuk raya" En Faizal " Ermmmm tengokla nanti" meleleh hingus aku dengar. -_-

Balik dah petang kami anak beranak kepenatan yang amat sangat mengalahkan orang pusing satu Malaysia. Malam tu tidur memasing macam kene bom.

AHAD

Esoknya, Ahad aku ajak En Faizal bawak anak-anak amik angin pergi Kota Iskandar dekat Nusajaya tu. Saje ajak anak-anak pusing pepetang padahal En Faizal baru je balik keje. Ala jap je padahal aku yang lebih.ngeeee..

  ilman ni kalau suruh amik gambar suka buat muka tau..

 Aiman bertelinga capang..ngeeee

Aqil ni tak pernah bebas kat luar sekali dapat keluar dari grill rumah dia punya jakun...tak terlarat kejar last-last dukung je senang.  Muka yang excaited nak berlari ^_^

 Good boy Ilman...Aqil berlari-lari itik nak ikut abang dia memanjat....gasak..


Aqil ni kalau nampak semut ke kumbang ke dia memang geli. hehhehehe aku leh jadikkan modal nak takutkan dia kat umah kalau dia noti sangat. Aku amik kumbang letak kat kaki dia tak bergerak ok...bhahahahaha...carik pasal lagi. Masa ni dia nampak semut hitam bukan main mengelak lagi dia...cute!!


* MY SOUL, MY LIFE,MY HEART, MY INSPIRATION*
LOVE THEM VERYYYY MUCH!!!!


Sekian saja cerita untuk hari ini. (Punyala lembab brukban aku ni upload gambar tensiii aku) -_-




Piece ~(^_^)v

Monday, 2 July 2012

Result Exam Aiman

salam,

Mari kita updet blog sepantas kilat...hahahahah...minggu lepas aku hari sabtu amik report card Aiman untuk peperiksaan setengah tahun. Alhamdulillah keputusan dia memberangsangkan. ^_^

 *muka ghairah nak amik result*

Cikgu Aiman cakap Aiman kadang tak fokus kat dalam kelas tapi dia boleh catch up. So far dia boleh buat la. Ok. aku boleh terima sebab kalau aku yang ajar dia kat rumah memang suara aku jadik suara harimau mengaummmm soploh kilometer leh dengar. Aku memang tak sabar kalau ajar Aiman. Jap-jap nanti dia nak minum, kang jeling tv, jap lagi nak kencing. Hadoiiiii hangin aku. Last-last aku hantar dia ke kelas tusyen kat Smart Reader. Cikgu tusyen cakap Aiman ok bagus nampak la perkembangan dia pastu cikgu Aiman kata tulisan dia sangat cantik. Kembang hidung mak ko patploh sentimeter. (^_^)

 *Result exam Aiman pertengahan tahun*

Alhamdulillah aku kene kerja keras lagi untuk dia terus cemerlang dan tak ketinggalan. banyakkan doa dan usaha Insyaallah. 

Sekarang ni setiap pagi on the way nak pergi school aku akan suruh dia congak matematik. Aku soal dia jawab seberapa pantas selagi tak sampai school selagi tu aku soal dia menggigil-gigil dia jawab.bhahahaha.

Semoga anak Ibu berjaya hidup di dunia dan Akhirat. Aminnn 


Piece ~(^_^)v






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...