Nuffnang

Wednesday 16 July 2014

Ketam Masak Telur Masin


Ahad lepas ntah kenapa En Faizal nak sangat masak ketam. Aku ni bukannya pandai masak ketam..yela...yela gugel la resipi...rupanya senang giler ko..hahaha sedap plak tu..hamboii puji diri sendiri...haha
Oleh kerana aku ni tak pandai sangat makan ketam so seketul amik masa sejam nak settlekan dia..huh!
En Faizal berselera betul makan..masak plak kat rumah mertua suka sangat tgk diorang makan..licin!!!

Meh tepek resipi kat sini.
Bahan-bahan:
  • Ketam (dlm 15 ketul yg dah dipotong 2)
  • Tepung jagung (tp aku pki tepung gandum sebab tepung jagung xde)
  • Telur masin (aku pakai 6 biji)
  • Bawang putih 5 ulas dicincang
  • Cili api hiris kasar (sokati nak pedas ke tak)
  • Daun kari
  • Susu cair agak2 buat kuah dia (aku pakai 1/3 tin)
  • Gula
  • Aji
Cara-cara:
  1. Goreng ketam yang digaul dengan tepung jagung dan sedikit garam. Toskan!
  2. Rebus telur masin pastu amik kuning sahaja dan putih sebiji pastu lecek!
  3. Panaskan butter pastu tumis bawang putih , cili padi dan daun kari sampai naik bau.
  4. Masukkan telur masin gaul2. Masukkan susu cair agak2 berkuah camtu. Masukkan gula dan aji secukup rasa!
  5. Masukkan ketam dan gaul hingga agak kering. 

Done! Sedia untuk dihidang.
P/s : boleh juga diganti dengan udang atau sotong
Selamat mencuba!

With ♥ Susie.



2 comments:

  1. sedap...sedap..xpernah cuba g masakan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time buat Azie..alhamdulillah menjadi pulak...hahaha..resipi ni pun gugel2 jek..hihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...