Nuffnang

Wednesday, 5 June 2013

I'm Pregnant...Alhamdulillah

Salam

*tarik napas hembussssssss*

Ye aku pregnant lagi...hahhhahah gila gelojoh...wakakakakak...cuba teka anak no bape ni?? kalau betul aku clap hand je. Anak no 4 uolllssss...hahahhaa... Aku memang plan nak preggy tahun sebab Aqil pun dah 2 tahun 5 bulan so aku rasa dia yang jarak paling lama tuk dapat adik...ahahahhaha...bagi can sikit..

Aku dah cakap dengan En Faizal aku nak rehat awal sebab umur aku pun dah 31 tahun tahun ni. Aku malas kang dah tua2 nak kena buat kad merah lagi..huh xkose!!..

Aku plan awal bulan 4 aritu tak sangka terus tak period hujung bulan 4. Aku ada rasa sakit2 kat ari2 tu biasa cam orang nak period tapi bila time dia tak keluar. Period aku memang tetap sangat2 so aku memang dah kompom la aku pregnant. Masa Aqil dulu aku lambat 4 hari je testing kit tu dah terang benderang double line dia. Memang tak de la samar2.  Ok yang ni aku tunggu dalam 2 minggu gitu baru aku pergi klinik cek. Jumpa Dr Anizah sebab dah biasa dengan dia. Ofkoss pergi dengan ayah baby...opsss lom tau lagi..jap2...

TARAAAA!!!!


Kemain terang benderang lagi kan..tak sampai soploh saat kot dia dah appear camni...Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Syukur sangat2. En Faizal suka. Dia mana tak suka semua suka...hahahhaha...Masa ni dah 6 minggu. Due 3/1/2014. Harap2 ikut tarikh tu la sebab kalau bulan 12 cam muda sangatkan? Bulan satu sama dengan Aqil so nanti sambut besday senang sekali harungje hahhaha. Apa-apa pun aku harap baby sihat sampai 40 minggu nanti dan semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

Kebetulan aku pregnant kali saing dengan adik akuyang baru kawen bulan 12 aritu. tapi adik aku awal 2 minggu dari aku. dia due 22/12/2013. Kesian mak aku nanti kene jaga kami. 

Tapi aku rasa aku macam nak pantang sendiri la kali ni. Memandangkan anak ke 4 kan..aku cuba la. Mungkin dalam seminggu dua je kat umah mak pastu aku balik umah sendiri. Dah bincang dah dengan En Faizal. Huh kemain exsaited ek dah bincang segala. Aiman dan Ilman pun dah sekolah kesian pulak nak tinggal camtu je.

Aku belum scan lagi kad merah cadangnya nak buat masa 4 bulan nnt...skang ni dah 10 minggu. Tengokla minggu depan kot baru nak scan. Harap2 semuanya ok.

Mabuk???

Camne nak cakap ek? Aku tak de la kata mabuk tu muntah2 doplohpatjam. Muntah baru sekali kot sebab perut kosong malam tu tak makan. Muntah kuning yang pahit tu..eeeeuueewwww... Aku cuma tak sedap tekak. tekak doplohpatjam rasa tawar je cam tekak orang demam. Perut tak boleh kosong sentiasa nak makan. Badan aku dah naik hokeyyyy..kawan2 dah ramai tegur. Pengsan!!

Aku ada amik supplement Shaklee. Alhamdulillah badan tu letih la tapi tak la teruk sangat. Cuma malam je aku terus flat. Kalau dah baring tu jgn mimpi aku nak bangun lagi. Kesian gak kat anak2. Kalau En Faizal keje siang memang malam tu semua dia yang urus. Kalau dia keje malam tu yang sengsara sikit. uwaaaaaaaaa...bersyukur En Faizal sangat2 memahami.

Ok sambung lagi ye nanti doakan kesihatan aku dan baby.

Wasalam.




Tuesday, 4 June 2013

Our Anniversary - 8 years...thumbs up!!


Pos at Fb : 

4/6/2013 adalah anniversary kami yang ke 8 tahun..pahit manis telah kami lalui sepanjang tempoh itu..semoga kami lebih tabah menghadapi apa jua selepas ini...bahagia membesarkan anak depan mata adalah nikmat terindah buat kami..semoga hubungan ini sentiasa mendapat rahmat & keberkatan dari Allah sampai bila-bila..

p/s: ingat x yang!!

Semalam En Faizal keje malam...aku tengok dia senyap je tak cakap apa2 balik pagi tadi...takpe aku tunggu...Aku nak pegi keje tadi aku tanya "eh tak ingat ke hari ni hari apa??..En Faizal "eleh ingatla...sapa lupa?? eleh cover2 la tu...huh

Ayang meh sini sikit nak bisik kat telinga " Yang Jusco tengah SALE ni tak nak bawak ayang pegi sana ke? soploh minit je dari umah kita"..miahahhahaha...Aku tunggu sampai dia off sanggup aku mintak cuti tau..kahkahkahkah..

Anyway sangat bahagia dengan En Faizal selama 8 thn berkongsi hidup dan memiliki cahayamata yang comel2...Alhamdulillah susah senang kami harungi bersama..takat bercekau tu perkara biasa...hahahahha

Tips : Terima pasangan kita tu seadanya sedangkan kita pun bukan sesempurna mana...Insyaallah...(^_^)v



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...