Nuffnang

Monday, 12 November 2012

Sweet Memories


Salam

Gambar kenangan dengan En Faizal. Masa ni baru bertunang tahun 2004. Aritu aku selak-selak  almari terjumpa plak gambar ni kenangan betul. ^_^

Masa ni aku kurus kan??? eh mana korang kenal aku ...ekekekek...berat aku masa ni 49kg sampaikan mak aku kata aku sakit. Sekarang ko jangan tanya..sensitip!!!

Aku dengan En Faizal bertunang setahun setengah je. Aku pun masa ni baru je dapat keje duit gaji baru bape sen sangat tapi kalau dah jodoh aku tu cepat nak buat camner ek. Masa ni umur aku 22 tahun. Muda remaja lagi tau. Fresh Graduate from UiTM Shah Alam. Baru 6 bulan keje aku dipinang. ecehhhh...kahkahkahkah...Kengkawan aku masa U terkejut aku diantara yang terawal kawen tau. hahahaha. Diorang memasing galak sambung belajar aku plak sibuk nak kawen. Ermmm. Sikit pun aku tak menyesal kawen awal. Semua dah ketentuan Allah. Aku bersyukur. 

Dah 7 tahun dah usia perkahwinan aku dengan En Faizal. Aiman pun dah 6 tahun. Untung kawen awal ni anak dah besar dah. Alhamdulillah. 

Masa ni gambar ni amik kat Shell. Shell tu skang dah tutup. Bankrup kot. Masa ni kami nak pergi Penyabung trip kengkawan En Faizal bawak family memasing. Seronok masa ni. Skang ni kalau jumpa balik dah besar dah anak memasing.

Aku kenal dengan En Faizal ni pun tak lama sebenarnya lebih kurang 6 bulan gitu. Sepupu aku kenalkan. Dia ni pemalu yang amat sangat tau. First time jumpa dulu dia langsung tak tengok muka aku. Aku kata pehal pulak la dia ni..mesti pasni dia tak ingat muka aku sebab dia tak pandang aku langsung just jeling-jeling je gitu bila aku pandang balik trus tengok lantai. Cam ni punya orang pun ada ke???

Bila aku dah hidup bersama selama 7 tahun ni aku memang dah masak sangat dengan perangai dia, Jangan nak kelentong aku aku tau apa yang dia buat..ekekekke.

Pemalu sampai sekarang pun camtu. Aku plak jenis banyak mulut kalau aku kenal  orang tu. Kalau aku tak kenal aku batu jugak. Ok Allah jadikkan couple ni pro n kontra. Banyak hikmahnya. Kalau aku pun pemalu jawabnya satu benda pun tak jadik. En Faizal ko tu cuba ko suruh tanya masuk kedai potong jari la kalau dia nak pergi last-last muka aku ni ha yang peramah bertanya. See!!! Untung betul dia dapat aku kan???kahkahkahkah..sila lempang lelaju 

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan so aku kene terima kekurangan dia dan kelebihan yang dia ada sama jugak macam dia terima aku seadanya. Tahan je dia kalau dengar aku berceramah ke apa ke. Senyap je dia soa aku pun kene paham dia dan teriam dia seadanya. 

Nak cam AAron Ajis tak dapat so dapat En Faizal ko pun dah bersyukur sangat2. I love u soo much Yang!!
Semoga perkahwinan kita kekal hingga hujung nyawa. (^_^)

lalalalalala.....

 


LEGOLAND

 Salam,

Lama betul aku tak hupdet blog kan? kesian rasanya. Aku buat-buat busy lately ni...hahahhaa...takpe azam baru pasni nak rajin hupdet blog. Rasa tiap tahun azam yang sama. 
Ok ni dah nak akhir tahun so aku buat azam dulu tuk tahun depan...doakan aku ye!!
(^_^)v

Hari Sabtu lepas aritu En Faizal punya Family Day dia buat kat Legoland. Memang seperti orang mengantuk disorongkan bantal la kan sebabnya sebelum ni anak2 sibuk ajak pegi sana je. Aku malas sebab banyak lagi yang belum siap so aku target tahun depan baru nak buat annual pass tu.

Aiman seminggu sebelum tu asik sebut Legoland..Legoland...bila nak pegi Legoland ni berdesing2 kat telinga aku ni suara dia. Punya la tak sabarnya nak pegi.

Makanya hari Sabtu aritu pas En Faizal balik kerja terus berdesup pergi. Sungguh tidak sabar. Jangankan kata budak2 aku pun sama 2x5...hahahahha

Elok dalam perjalanan budak kecik Aqil buat hal. Dia muntahkan aku. Memang sweeeeeeetkan ko Qil. Aku pakai perfume berbau muntah susu pagi tu. Nasib kene kaki je dan tak nak spoilkan mood aku aku berlagak cool ok..malas nak bising-bising nanti dah tak best plak nak berjimba.En Faizal dah nak ajak balik je. Ehhh aku yang kene muntah dia plak yang emo. Period ke????
T________T


 Satu lagi yang aku malas nak jalan-jalan sebab Ilman ni tak suka bising-bising ramai-ramai orang ni. Dia jadi takut & ajak balik or duduk dalam kete. Ko tengok muka dia tu dah berkerut. Tension aku. Aku pujuk dia suruh duduk kat situ. Kang dia kata nak terkencing kang kejap nak terberak. Adooooiii penyakit betul. Memang kene pandai tackle mood dia..kadang-kadang aku plak yang jadik harimau sebab nak tackle mood dia tu. Grrrgrrr. -_-

Aqil no hal ko campak kat mana pun dia boleh hidup okehh!! asalkan ada makanan dah cukup buat dia bahagia. Paling tak reti diam. Sesaat je aku toleh lain dah hilang dah. Berlari-lari je aku dibuatnya. Hilang cun. Macam robot kalau lari tak reti nak stop semua orang di langgarnya. Pedulik!!

Ko nak stopkan dia berlari ko kasik makanan. Ok berjaya duduk pastu dia baling2 batu sungai tu kat aku. Takpela nak asal ko diam sudah...aman kejap. Ilman muka masih tegang. Aku plak yang tension.

 Gilir-gilir dukung budak ni. Tangan aku dah lenguh. kalau ada tali aku dah ikat dah kat lengan aku ni.
 
 
Bagi can aku nak posing jap. Ekekekek.padahal bau muntah. kahkahkah..pedulik la orang tak sempat nak bau kot.


 Ayah mithali..awwwww..

 Sibuk dengan belon memasing dah tak reti nak duduk diam. Aku je yang eksaited kemain :)





 Cuaca masa ni memang panas berdenting. Aku ajak En Faizal masuk lain kali je sebab orang masa ni memang gila ramai sampai nak jalan pun susah. Maklumla cuti sekolah dah start. Family Day PTP lagi. Kaum kerabat PTP je dah separuh Legoland ni. Belum yang rombongan sekolah lagi. Aku macam dah nak pitam tengok ramai orang dengan panasnya lagi. 

Ok sebelum aku pengsan baik kita cari tarikh yang agak2 tak ramai orang nak datang. Kalau masuk sekarang ni pun rugi sebab kompom2 ko tak dapat main permainan dalam tu. Berbaris setengah jam pastu main cuma lima minit. Kang aku jadik antu kang. Jangan memain. Jom Balik!!

Aiman masa ni dah berlinang air mata nak masuk. Sekali aku tenung senyap. Bapak dia pujuk ajak masuk hari lain. Ok settle. Ko nak nangis sambung kat rumah pulak.


 PTP'S FAMILY DAY
 Ok bergambar lagi. walaupun panas tak menghalang ok. ekekekek

 Sangat panas ok muka En Faizal bukti cuaca adalah sangat terik. lalalallala...


 On the way balik rumah. Fuhh lega aku rasa dapat keluar dari tempat yang ramai orang tu!!!

 Budak kecik ni dah keletihan. Dalam kereta lagi dah tidur.


Sampai rumah je tak lama hujan sangat lebat. Ok nasib decide nak pergi hari lain kalau tak rugi je tiket sebab hujan. Kaki aku cam rasa nak tercabut. Ok mari kita tidur beramai-ramai.

Bila nak pergi lagi tak decide lagi bila tapi masa cuti sekolah ni la. Ok nnt cerita Lagi pasal Legoland.

Bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...