Nuffnang

Monday, 4 June 2012

Happy Anniversary untuk kami..

Salam,

weeeewitttt arini 4/6/2012 ialah Anniversary aku dan En Faizal yang ke 7 tahun. Pejam celik pejam celik dah 7 tahun kami hidup bersama berkongsi segala-galanya. Tiada rahsia antara kami. Aku sangat bahagia dikurniakan seorang suami yang sangat melengkapi hidup aku. 

En Faizal ialah kawan semasa suka & duka, dia pendengar setia aku bila aku tak reti nak berhenti cakap dan dia jugalah kawan bergaduh aku.^_^

Perkahwinan kami juga lebih sempurna dengan kehadiran 3 orang hero yang akan menemani En Faizal memancing bila dah besar nanti. Teman aku shopping lom ada lagi. Insyaallah kalau ada rezeki Allah.

Hidup kami saling melengkapi antara satu sama lain. Insyaallah semoga perkahwinan ini akan kekal selama-lamanya. Doakan kebahagian kami. Amin

3 comments:

  1. Selamat ulangtahu perkahwinan ya. Semoga kekal bahagia dunia dan akhirat. Aminnn~ :)

    ReplyDelete
  2. 7 tahun sudah! Alhamdulillah tahniah, moga terus melayari kebahagiaan bersama

    ReplyDelete
  3. tahniahnyer akak tuuu.. ehheee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...