Nuffnang

Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

Aqiqah & Qurban untuk Arissa 2014

Rasanya dah 2 minggu Raya Haji kan? tak silap aku 5hb Okt. aritu. Alhamdulillah tahun ni aku dapat buatkan Arissa Aqiqah & Qurban 4 hari selepas dia kluar hospital. (yang ni nnt aku cerita entry lain)

Aqiqah buat pada 6hb Okt. seperti biasa di Masjid  Taman Bukit Mutiara. Qurban Arissa aku buat di Kemboja. Qurban sebab aku berniat masa pregnant kan Arissa kalau dapat baby girl aku nak Qurban sabtu bahagian lembu. Alhamdulillah dah tertunai. Syukur Ya Allah.

Pagi tu aku macam tak berapa sihat tapi En Faizal suruh gak tgk majlis Aqiqah Arissa tu. Aku pn rasa perlu kot aku pergi. Ok lepas hantar Aiman sekolah berhangkut la aku 4 beranak ke masjid. Kelam kabut jugak sebab Arissa dapat lembu pertama.

Sampai dalam pukul 8am camtu..fuhh nasib sempat sampai dan lembu lom sembelih lg...dalam 5min camtu nama Arissa di panggil dapatla aku mengadap org sembelih tu.



 Lembu Arissa. Aku punya 1 bahagian je share dengan org lain. Masa darah merah mengalir aku sempat selawat dan berniat untuk Arissa supaya menjadi anak yang solehah Dan diberikan kesihatan yang baik. Amin





Bawak pulak Ilman ngan Aqil dah cantik la tu memang tak duduk diam ok!!dah la En Faizal tak ikut sebab kena keje..huh. terjerit2 aku...normal la tu kahkahkah. Diorang ni 1st time tengok lembu kena sembelih sebab tu jakun lain macam sikit..hihihi




Ingat senang nak suruh diorang duduk diam camni? kalau tak aku jegilkan biji mata..tu pn tak berapa nak jalan..cis..muka Ilman je dah tau dah muka kena marah.. hahahaha

Alhamdulillah dah lepas satu tanggungjawab untuk anak perempuan aku. Syukur

'Semoga Nur Arissa Afrina Binti Mohammad Faizal menjadi anak yang solehah, bijak, terang hati dan diberikan kesihatan yang baik. Amin'


Friday, 29 August 2014

Sakit Mata

2 minggu lepas kami anak - beranak kena sakit mata. Puncanya Aqil la xtau dia sakit mata aku ingatkan panas dalam sebab mata merah dan bertaik je.. biasa kalau nak demam memang camtu. 
Kasik ubat demam pn masih lagi dedo badan dia.  Mak cakap mcm sakit mata je rupanya betul.  Mata Aqil makin bengkak dan merah.  adehhh.. jgn menjangkit sudah.. ermmm

Aku bkn apa nnt anak2 dah kena sape plak nak jaga sebab bukan boleh pegi taska kalau sakit mata.  Tup2 aku pn kena gak.. alahaii..  masa tu yg dah berjangkit aku, Arissa dan Ilman. 

Marilah ke klinik secara berjemaah.. hahaha rupanya kemain ramai yv sakit mata rupanya.. aku je 4 beranak lom orang lain lagi.. hihihi.. sampaikan ubat titis mata tu 'out of stock'. diorang suruh share plak ubat tu.. ermmm

Aku dapat mc 3 hari so bolehla jaga anak2 skali sebab kena serentak.  Nasib baik la kan kalau tak camnerla..

En Faizal kata janganla dia kena gak.. hambekk ko skali kena dia paling teruk sampai xleh bukak mata bengkak sangat.. hihi kesian.. Aiman paling last kena.. ok cukup semua 6 beranak kena sakit mata. 

Alhamdulillah dah ok dah semua.  Skang memang musimla.. so jgnla terkejut kikikiki.. kat opis je skang dah 3@4 orang yang dah berjangkit.

"Sesungguhnya sakit itu menghapuskan dosa-dosa kecil"

Thursday, 5 June 2014

Aiman Oh Aiman


Aiman sejak ada bilik sendiri ni memang dia sayang bilik dia tu. Marah betul kalau adik-adik dia terutamanya Aqil buat sepah dalam bilik dia tu. kejap2 mengadu..huh pening pale aku.

Kelmarin aku balik keje ternampak depan bilik dia tampal benda ni...hahahaha...marah betul tu..kikiki

Paling tak tahan rambut Aqil tu dia lukis..hahahha sama betul!!

Anak oh anak macam2 ragam. ngehehehe


Tuesday, 3 June 2014

Arissa 5 bulan

Lama rasanya tak cerita pasal anak-anak kan? Tak terkejar rasanya nak buat semua benda dalam satu masa..ermmm..tp Alhamdulillah semuanya ok.

Arissa dah 5 bulan 19hb May 2014 aritu..dah nak masuk 6 bulan pun baru nak updet. 
T___T


Gambar ni amik beberapa hari lepas baru bgn tdo..mata kemain segar bugar..ekekeke...

Dah pandai meniarap dah sejak 4 bulan lagi. Gigi blom ada tanda2 lagi tapi dulu abg3 5 bulan dah gigi..lambat sikit kot ek..

Senang jaga dia cuma kalau nak susu ya ampunn dia punya menjerit la tu gak nak dapat susu....tssskkk..tak menyabo. Biasa dia akan hantar taska even abg3 duduk rumah ayah jaga sebab En Faizal lom rasa boleh jaga dia seharian lagi. Tunggu beso sikit. Kang kering taik tak cebuk kang..kakakaka

Skang ni tengah demam sebab aku perasan banyak biji angin kat belakang leher dia tu. Patutla asik2 demam. Rasanya bulan ni dah 2 kali dia demam. :(

Orang banyak kata muka 98.7% ikut aku. wakakaka... yeke?? ye kot ek...

Arissa ni kecik molek je orangnya..kurussss...5 bulan baru 5 kg..kikiki...haluihh beno..xpela asal sihat dah syukur dah sebab dia lahir pn kecik je 2.27kg.


My Cutie pie. Boleh tahan manja dia ni tak boleh nampak kelibat aku mesti melalak nak angkat so aku ni dah cam pencuri jalan jengket2 kaki sebelah dia..hahaha

Murah senyuman. cam aku. Bila panggil nama dia laju kepala toleh..pastu dah panggil nama dia kenalah angkat klu tak menjerit mak cik ni...hihihi


Ni masa umur 2 bulan kalau tak silap pergi kenduri kawen. Arissa ni bagusnya bising camner pun dia boleh je tido kalau dah ngantuk. Senang mak ko!!

Banyak nak upload gambar tp nnt la ek. sikit2 dulu.



Saturday, 30 March 2013

playing time!!

Salam

Cuti sekolah ni aku tak jenjalan pun sebab En Faizal keje. Aku cuti Isnin Selasa aritu pun pergi umah adik aku kat Kluang pastu balik rumah mak. Cuti terasa sekejap je pejam celik dah nak naik sekolah. Mula balikla ke'busy'an aku nanti...

Aritu balik rumah mak jenjanlan kat Kota Tinggi. Saje je nak pusing2 sebab dah lama sangat tak pergi Kota Tinggi tu. Kedai jual kain memang buat aku geram tapi aku skang ni berminat dengan dress atau jubah je. Senang pakai sarung je. Survey2 gak dengan mak aritu tapi yelakan mahal dia sama je dengan kat bandar ni. Nyampah. tawar2 pun tak dapat. :(

Masa aku pergi jalan2 dengan mak tu En Faizal tolong jagakan budak3 tu main kat playgound. Patutla aku tengok seluar nganbaju diorang kemain kotor lagi...balik baru tunjuk amik gambar budak2 ni main.

kemain suka lagi kenit ni. maklumla jarang main kat playgound.

Muka gembira tahap bigmac..:)

Amboi kemain laju lagi Aiman tolak adik dia..kalau aku ada tu memang aku dah terjerit2 dah..

Ilman :)

Aiman :)

Seluar dah berkeladak masa ni..

Ko tengok Aqil sampai nak terbongkang di buai Aiman...Kepala terus takde..kus semangat!!

Buat apa la tu..

Ilman yang tak ada perasaan..tak tau samada dia takut ke berani..konfius..

Rambut sampai terselak2 nampak dahi jendul...macam aku!!kah

Tu je nak lapor...tata

Thursday, 28 February 2013

Permata Hati ku..

salam


Muhammmad Aiman Fikry 
D. O. B : 12 Mei 2006
Berat lahir : 3.48kg
(7 Tahun)



Muhammmad Ilman Irsyad
D. O. B : 24 Ogos 2008
Berat lahir : 3.45kg
(5 Tahun)



 Muhammmad Aqil Mukhreez
D. O. B : 14 Januari 2011
Berat lahir : 3.15kg
(2 Tahun)


Inilah permata hatiku harta dunia akhirat.
Sangat bertuah dapat membesarkan dan mendidik anak-anak walaupun aku bukanla surirumah sepenuh masa.
Sakit pening mereka adalah sakit pening aku juga. Pelbagai cabaran dan rintangan dah aku lalui. 
Semoga anak-anak ibu membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang soleh dan berguna hidup didunia dan akhirat. 
Sesungguhnya kasih sayang ibu tidak boleh dijual beli. 
Segala yang ibu lakukan adalah untuk anak-anak ibu.
Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang patuh dan menghormati orang tua.

  Bulan ni aku last makan pil perancang. Memang merancang nak pegnen lagi tahun ni. Insyaallah. Berusaha untuk baby girl pulak. :P
Harap-harap doaku selama ini dimakbulkan Allah hendaknya. Amin.
Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya yang penting kita berusaha disamping berdoa. 
Aku ada gak research pasal nak dapatkan baby girl ni. Buat research cam nak amik peksa SPM gamaknya...hahahah....usaha tu penting dah usaha baru tawakal kepada Allah.

Ok doakan yang terbaik untuk aku ye!!.
bye.

Thursday, 26 July 2012

My Lovely Kids





Salam,

Picture 1 : Muhammad Aiman Fikry
Sekarang 6 tahun. Dah ada 2 orang adik yang lasak.My assistant selalu tolong jaga adik. Kalau dia geram dia baling je adik atas sofa. Bhahahha.

Picture 2 : Muhammad Ilman Irsyad
Bulan 8 nanti genap 4 tahun. Bila suruh jaga adik buat tak tau je. Geram aku. Bulu mata lentik sebab gembeng.hehhehe

Picture 3 : Muhammad Aqil Mukhreez
Sekarang ni setahun setengah. Sangat lasak okehh. Tak daya nak kawal dia. Kalau mengamuk masyaallah teruk betul kalau apa yang dia nak tak dapat. Kalau dah tak boleh pujuk sangat aku biar je. Hahahah. Manja sangat bujang sorang ni caner nak ada adik ni.eerkkkkl..adik??

Muka diorang ni masa kecik samakan??lagi-lagi Aiman & Aqil. Maybe lebih ke aku kot sebab tu pangai pun sama. Kuat mengaruk.hahahah

Piece ^_^v
Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, 28 February 2012

mandi kolam

Gambar ni gambar lama godeh-godeh tadi terjumpa plak gambar anak3 tengah mandi-manda di halaman rumah.Anak3 aku kalau jumpa air je menggelitik nak berendam. Aku takut air tau plis..pliss aku tak reti berenang. Macam nak mati je rasa kalau kepala aku termasuk dalam air. -__-

Jom layan gambar je.







Masa ni Aqil baru 4 bulan tak silap aku. terjerit-jerit aku bila En Faizal ko nak campak dia dalam kolam tu. Bila aku leka je aku tengok tiga3 anak aku dah kembang dalam kolam tu berendam. Oh aku pasrah. Amik jugak gambar even marah-marah pun, sandiwara kan aku ni.hehehe ('',)

Kolam ni aku rasa dah bocor kot ntah apsal sebab aku rasa baru je pakai berapa kali je ke anak3 aku ni jenis ganas. pasrah.

Bila En Faizal ko keje ke apa ke aku memang tak kose nak layan diorang ni mandi dalam kolam ni sebab aku malas nak kawal diorang tu, banyak lagi keje lain aku boleh buat. kejam. Kang aku terpekik-pekik kat luar rumah ni auwwwww tak jelita langsung. muahahahha. \(^__^)/

Aku ni jenis semuanya tak boleh tapi kalau En Faizal ko larung je belasah je apa anak3 nak buat biar tahan lasak katanya. ok kalau demam aku jugak yang tak tido malam. Grgrrrrrrrr.

Lepas mandi kolam esoknya Aqil demam selsema untuk pertama kalinya. Ok mak ko jadik panda tak tidur malam jaga anak demam apak ko berdengkur senangkan nak kasik orang keje. :(


Piece ~(^__^)v









P/s : Petang ni ingat nak masak spaghetti. muahhahah kita tengok apa yang jadik spaghetti ke maggie...('',)

Wednesday, 25 January 2012

Rindunya :(

Salam, arini naik keje selepas puas bercuti selama empat hari bukan aku sorang tapi semua orang dan ade paling best lagi sambung cuti sampai hujung minggu. mabeles.

Aku malas nak sambung cuti sebab tak de nak ke mana-mana sebab En Faizal ko keje :( Untung dia off day hari Isnin & Selasa aritu dapatla jugak aku balik rumah mak. Sebelum balik tu aku kemas-kemas rumah dulu bagi clear supaya aku tak meroyan balik cuti nanti tengok rumah bersepah. Gegar Aiman suruh buat homework siap-siap walaupun cuti seminggu sebabnya bila dah balik umah nenek dia ko ingat dia ingat kat buku ke??? Tak Ingat dia ingat nak lari-lari keliling rumah nenek yang panjang tu. Ok bye.

Sakit jiwa jugak la aku nak suruh dia siapkan homework tu suara aku je yang terjerit-jerit kat taman umah aku tu macam aku sorang ade anak. Tensiii. Turun naik darah aku naseb tak fengsannn. Itu belum bab dia menyakat adik dia lagi, gurau senda lagi, mata jeling-jeling tv, bila suruh buat homework kang kejap nak kencing , kang kejap nak berak, haus pulak banyak alasan. Nah sebotol air aku sediakan ko jangan banyak alasan nak bangun-bangun dari kusi tu. Paham!!

Tapi arini aku rasa rindu pulak dengan Aiman & Ilman sebab aku tinggalkan dekat umah mak. Cuti sekolah panjang ni aku malas nak hantar taska sebab sebelum ni cuti sekolah aku hantar kat taska asik main je dari pagi sampai petang sebab jumpa geng ganas. Dapat upah benjol dahi sebesor-besor tidak. Seriau aku tengok.

Seriusly aku memang tak pernah berpisah dengan anak-anak sebelum ini melainkan aku beranak ke aritu Aqil masuk hospital ke semua kes-kes terpaksa. Kalau rela camni tak pernah lagi. So berat jugak la aku nak tingglkan diorang walaupun dengan mak bapak aku. Siap pesan berbakul-bakul. Balik semalam sayu je hati aku cium-cium bagai Ilman memula meleleh gak airmata peluk kaki aku tapi aku buat-buat kental. Pas en Faizal janji nak belikan mainan dia ok.

Dialog pagi tadi :
Aku : Yang camner la budak-budak tu ek??
En Faizal : alahhhhhhhhhhhh tak de apa-apa la..
Aku : ok (senyap)

* Perasaan ibu tak sama dengan ayah*

Nasib baik ade anak lagi satu leh bawak balik kalau tak meraung la aku. uwaaaaaaaaaaa. Arini taska still cuti lagi so En Faizal kene jaga Aqil arini. Kejap-kejap aku call takut Aqil yang dodoikan apak dia. hishhhh. risau aku. :(

Anak kalau depan mata asik la nak bergaduh tapi bila berjauhan Ya Allah rindunya tercarik-carik. Pada aku tak pe la gaduh selalu asal ade depan mata. Aku redha dengan kehidupan serba sibuk sebab pada aku walaupun penat tapi aku puas. 

Kepuasan Aku Adalah Bersama-sama Yang Tersayang. Pengorbanan Aku Adalah Untuk Yang Tersayang.


Rindunya Ibu kat Abang & Ilman. Sob..sob...Sabtu ni ibu amik kita gaduh-gaduh lagi ek...
T_____T











P/s : Teringat pengat ubi yang mak bawakkan semalam. yummy. harap-harap ada lagi la sebab paberet En Faizal ko.

Friday, 13 January 2012

Jom pegi sekolah...(^__^)

Pepagi tadi aku dah paksa bebudak ni amik gambar pakai baju sekolah. Arini 1st day Aiman pakai uniform dia sebab baru dapat kemarin. Tabah okehhh aku jahit name tag dia tu walaupun aku cuma tau jahit jelujur ngan sembat je...wakakakakka...belasah...Mak ko kan multi skill....muhahahahha


Aku siapkan diorang awal pastu baru aku bersiap. Saje pakaikan bedak capuk-capuk bila nak masuk kete je dah hilang dah semua bedak tu. ermmmm. memang tak reti duduk diam bergumpal je kejenya mana bedak tu nak melekat lama. 

 Biasanya diorang akan tengok tv katun la apa lagi. Lantak la asal senyap.

Ilman ni tak tahan sejuk sikit. Malas aku nak jerang-jerang air ni biar dia sejuk. Belajar jangan nak manja sangat nak mandi air panas bagai. Tak kose ibu ko nak layan. 

Bila suruh mandi dialog dia " Abang dulu la ibu Ilman ngantuk lagi ni, sejukkkk" ehheheh padahal aku dah bogelkan dia siap-siap. " Abang dah mandi la Ilman pulak la" terus muka dia tercemik-cemik tapi ikut gak aku ke bilik air. Protes secara lembut.

Stokin dia pun aku tulis nama "ILMAN" bebesor biar tak tertukar. Hari 1st sekolah aritu stokin baru dia tak bawak balik mengamuk aku rupanya tertinggal kat sekolah 2 hari selepas itu baru tau. Aku kan singa betina anak 3. Harap maklum. Jangan salahkan aku sebab aku dah pesan seribu kali. :)

Aku cam kuku besi ek. Nak latih biar dari kecik kang dah jadik buluh terkial ko nak lentur.




Aiman ni pulak dah biasa sejuk. Memang tak ada masalah la dengan dia. Dia dah sekolah dari umur 4 tahun lagi so dia alah bisa tegal biasa. Baju dia ni semua aku letak nama kalau boleh spender pun aku nak letak (tapi melampau pulak). Risau kalau tertinggal ke tertukar dengan kawan so dapat trace Aiman punya. Tempah nametag kain tu dengan kawan aku.

Stokin pun aku tulis nama "AIMAN" sama cam aku buat kat Ilman.

Oh rupanya anak-anak aku dah semakin membesar semuanya dan maknanya aku semakin tua (itu auta). So memang busy la rutin aku tapi aku seronok dan puas.







Friday, 23 December 2011

Warna kulit???tu semua tak penting ok...

Semalam disebabkan aku malas masak aku pun ajak En Faizal pegi Pasar Tani kebetulan plak hari kamis.Aku nak makan putu bambu. Pas beli putu g gerai sebelah plak beli ayam goreng. Aku tak peasan yang jual ayam tu jiran aku....marah no En Faizal bila aku bagitau tak perasan tu jiran aku..aku bagitau aku tak perasan bukan tak kenal..salah aku ke????nyampah tau???asik nak marah je..:( 

Kakak jual ayam : Eh sue lama tak nampak???
Aku : Haah la kak sibuk sikit keje padahal umah dekat jek....:)
Kakak jual ayam : Ye la. Putihnya budak kecik ni dah sama warna dengan baju dia plak comellnya ( dia tegur Aqil En FAizal dukung dia Aqil pakai baju tido warna putih)
Aku : senyum tengok muka En Faizal. (heheheh)

Pastu beli tauhu panas Ilman request. Kakak jual tauhu tu cakap "putihnya dia ni, putih sangat" aku senyum tengok En Faizal lagi. Beli lagi dan terus balik. kakak-kakak penjual jangan cakap gitu tau nanti somi saya terguris..ekekkeke

Aku dah biasa dengar dialog begitu bila pegi kemana-mana bila aku dukung Aqil ke En Faizal ko dukung ke so kami sudah lali okehh..En Faizal ko lagi tabah sebab kulit diorang memang tak sama langsung elak orang cakap dia culik budak je  wakakkakakaka...bila diorang kata Aqil putih gilerr comel giler cecepat aku datang ok sama ngan aku so orang tak akan sangka lain-lain ngan En Faizal...ok aku isteri yang memahami. Apa-apa pun hidung anak-anak aku semua tak nak ikut En Faizal ko yang tercatuk tu..semua ikut aku yang kembang setaman ni....hehehehehhe....

Sebenarnya aku tak kisah pun sebab Aiman ngan Aqil kulit ikut aku tapi Ilman ikut ayah dia so kira adil la tu 2-1. Apa-apa pun aku bersyukur dikurniakan anak-anak yang comel dan sihat. Kalau takde En Faizal ko tu mana nak datangnya bebudak tu ye takk????En Faizal ko banyak berjasa tau....erkkk   hehehheheh


nampak tak perbezaannya??

Ok ayah sayang Aqil sangat-sangat.

 ok 2-1

Ayah ngan Ibu sayang sangat-sangat korang semua. Nyawa kami.

(^_____^)

Tuesday, 20 December 2011

My Cheeseeee!!!!!

Oh lebonya muka I..ekekekke...ok sedar diri...Aiman yang snap pic ni gelap sebab dia tutup kat tempat flash tu denga jari dia. ok tak pe sebab pic ni cool dimaafkan. Aqil oberr seperti biasa.


 Anak-anak bujang aku..tunggu soploh taun lagi dah panjang galah agaknya diorang ni. Budak baju kuning belang-belang tu la yang hilangkat Jusco aritu nak tau citer tu baca sini.
Muka comel nak marah pun tak sampai hati tapi kena gak sedas dua.


Aiman setia melayan ibu yang meroyan amik gambo. Aqil dah tersepit kat tengah muka merah padam sebab nak menjerit rimas..wakakakakkaka...  
Aiman give me fiveeee!!!! yeayyy

P/s : Exam BI aku tangguh lagi..tensennnnn tahap lantak ko la jawab je malas nak pikir...bleyyyyy?????

Wednesday, 19 October 2011

Rabu tanpa kata : Wajah Kesayangan Hamba..



Muhammad Aiman Fikry


Muhammad Ilman Irsyad




Muhammad Aqil Mukhreez


Anak-anak ibu.
Kaula racun, kaula penawar, kaula pengubat derita sayangnya ibu pada korang hanya Allah yang tahu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...