Nuffnang

Showing posts with label Ilman. Show all posts
Showing posts with label Ilman. Show all posts

Friday, 25 April 2014

Smart Reader Sport Day

Arini penat sgt sebab hantar Ilman & Aiman join Sport Day Smart Reader Kids kat Starhills Resort & Country Club.

Gerak dt umah kul 7.30am dan gerak sama2 dgn beberapa parents lain yg sama jenis ngan aku xtau jalan hahaha

Sampai kul 845am camtu..rasa jauh sebab jem pg..paham2 jela..

Aktiviti banyak tp aku join rebut kerusi antara parents. Ofcos aku kalah kikiki..pastu tresure hunt antara group join parents lain..dpt no 3. Okla.

Dia punya penat blk trus tdo tak menyedo.cm kne tembak masing2. Bhahaha..

Ok pas habis aktiviti semua bdk2 trus g mandi kolam...cuaca panas sgt aku cam nak pitam dah..duk bawah payung budget ayu padahal kepala dah berpinar.

Aiman & ilman paham2 jela kalau dah dpt mandi kolam selagi xkecut mmg xnak naik. Stress aku!!

Gerak balik 1230pm. Penat sgt drive pn mata dah layu2..

Ok sebab update pakai phone semua gambar longgok kat bawah ek.

Thursday, 26 July 2012

My Lovely Kids





Salam,

Picture 1 : Muhammad Aiman Fikry
Sekarang 6 tahun. Dah ada 2 orang adik yang lasak.My assistant selalu tolong jaga adik. Kalau dia geram dia baling je adik atas sofa. Bhahahha.

Picture 2 : Muhammad Ilman Irsyad
Bulan 8 nanti genap 4 tahun. Bila suruh jaga adik buat tak tau je. Geram aku. Bulu mata lentik sebab gembeng.hehhehe

Picture 3 : Muhammad Aqil Mukhreez
Sekarang ni setahun setengah. Sangat lasak okehh. Tak daya nak kawal dia. Kalau mengamuk masyaallah teruk betul kalau apa yang dia nak tak dapat. Kalau dah tak boleh pujuk sangat aku biar je. Hahahah. Manja sangat bujang sorang ni caner nak ada adik ni.eerkkkkl..adik??

Muka diorang ni masa kecik samakan??lagi-lagi Aiman & Aqil. Maybe lebih ke aku kot sebab tu pangai pun sama. Kuat mengaruk.hahahah

Piece ^_^v
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 1 March 2012

nyottt..nyot...nyott..




Cuba teka ni sape???hehhheheh..maklumla anak ramai so main teka-teka la.....Ni Ilman Irsyad anak bujang aku no 2. Suka sangat tengok gambar ni sebab comel sangat. Iras dengan Aqil kan? Yela dah satu kantung memang la sama cuma kaler je lain sikit. ^_^

Masa ni umur dia lebih kurang 5 bulan. Peel dia memang kalau tidur suka nyonyot ibu jari tangan dia.suwettt

Sekarang Ilman dah 4 tahun dah. Sekejap je rasa. Baru je rasa gomol-gomol dia dah besar dah sekolah. =.=


Piece ~(^__^)v








P/s: Tadi opis buat bacaan yasin & tahlil makan nasik beriani ade lauk kambing skang kepala aku dan punyeng. tau tak leh makan nak makan jugak. tanggung sendiri. T____T

Monday, 19 December 2011

Ilman hilang kat Jusco... :(

Salam, aku tak la sibuk sangat arini tapi ade la keje sikit curik-curik bukak blog sebab nak bagitau Sabtu lepas Ilman hilang kat Jusco...:)

Kitorang kuar umah kul 11.30am sebab En Faizal ko ajak balik Inas umah mak mertua aku sebelum tu saje je nak singgah Jusco Tebrau makan-makan. So kami sampai orang memang dah ramai giler sebab cuti sekolah parking pun susah nak dapat. En Faizal ajak makan kat PIZZA HUT sebab tempat lain tu semua penuh je aku tengok. 

Masuk PIZZA HUT tempat pun agak sesak meja rapat-rapat so aku ready je kalau Aiman & Ilman buat hal dah la tempat sesak. Ok aku kawal Aiman En Faizal kawal Ilman. seb baik serve ok makanan pun cepat sampai. Pas kitorang melahap sebab kelaparan dari pagi tak makan En Faizal ko bayar kat kaunter depan pintu masuk tu bawak Ilman sekali. Aku teman Aiman basuh tangan. Bila aku keluar aku tanya En Faizal Ilman mana??? Dia jawab tadi ade kat kusi tu...tadi??????sekarang??????takde???????? aku masuk balik carik celah-celah kusi orang makan tu takde jugak...abisss aku dah panik sebab kat luar tu orang memang ramai giler tapi tak nampak pun kelibat Ilman..

Aku ngan En Faizal berpecah ko carik sana aku carik belah sinun. Aiman dengan aku masa tu aku ni dah nak menangis pun ade kat kepala aku dah pikir-pikir yang bukan-bukan. Ya ALLAH...si Aiman siap jerit-jerit panggil nama adik dia. Muka aku memang nampak muka orang hilang anak semua pandang aku lantak aku dah tak peduli tapi aku langsung tak nampak kelibat Ilman. Jusco tu besar okehh aku cam dah tak boleh nak pikir. Pas berpecah tu aku call En Faizal tanya dia jawab tak jumpa lagi...apa!!!!!!!!!!!...Ilman mana ko ni jangan buat ibu camni....sob..sob....aku rasa aku dah tak pijak tanah...cam nak pengsan sebab aku dah bayangkan yang ngeri-ngeri orang pimpin tangan dia bawak kuar ke hape ke...tak nak pikir lagi!!!

Pastu aku call lagi En Faizal ko jawab dah jumpa dah kat tempat menan sebelah foodcourt. Oh YA ALLAH. syukur. Bila aku nampak muka dia selamba je cam tak ade apa-apa yang berlaku siap bagitau dia main ketuk-ketuk kat dalam tu. pappppp!!!!!! pukul kat bontot dia....tercemik-cemik muka. Ko tau tak Ilman ko dah buat ibu ko ni cam nak mati....uwaaaaaaaaaa...cam rasa serik plak nak kuar jenjalan lagi.....

Terus ajak En Faizal ko balik sebab tak de mood terus. Jalan pun macam kat awang-awangan. :(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...