Nuffnang

Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

Thursday, 10 May 2012

Mensyukuri NikmatNya...

Baru pas baca suratkabo.. aku kan baca suratkabo malam orang dah nak baca cerita pasal esok aku baru nak baca cerita semalam...hhahahha...tapi aku ngeri nak baca sebab macam-macam kes kan sekarang ni?? yang tak terpikir dek akal pun berlaku masa ni..menakutkan...

Muka depan HMetro ada cerita pasal ibu dera bayi perempuan dia yang masih kecik baru merangkak..alahai aku pikirla mesti mak dia ni tengah meroyan dengan laki dia tu yang lepaskan kat anak. Kang nak meroyan dengan laki kene laki ko baran ko yang disepak terajangnya so inisiatif ko kat anak la so ko boleh pukul sesuka hati ko..boleh gitu???!!! 

Bila fikiran di pengaruhi syaitan akal fikiran sudah tak berguna lagi...aku dah tau pasal video ni masa kat opis semalam..kecoh kawan-kawan aku ajak tengok video dia tapi aku memang tak akan tengok sebabnya aku akan emosi selama seminggu dan akan terbayang-bayang..>_< 

Bila ko nak pukul anak pikirla dulu macamana sakit dan susahnya nak keluarkan diorang tu..Bertarung nyawa antara hidup dan mati. Masa tu hanya pikir buat yang terbaik supaya anak yang dilahirkan selamat tak pikir dah pasal nyawa sendiri. Pastu senang-senang je ko nak pukul sepak terajang dia. Pikir pakai otak bukan pakai kaki..

Hukuman 18 bulan penjara pada aku macam tak berbaloi dengan apa yang dia buat kan??? sekejap sangat kot tak sempat nak bertaubat dah keluar penjara pastu buat lagi sebab tak insaf..hishhh....Nauzubillah

Pengorbanan ibu sangat-sangat besar supaya anak dapat dipelihara dengan penuh kasih sayang, beri didikan sempurna serta melindungi mereka. Harga kasih sayang seorang ibu memang tidak terbayar dengan wang ringgit. -_-

Ibu-ibu di luar sana yang ada anak bersyukur dengan kurniaan diberi Allah sesungguhnya kita amat beruntung  kita diberi peluang untuk mengandung, melahirkan dan mempunyai anak sendiri berbanding dengan mereka yang masih berusaha keras untuk mendapatkan anak. 

Hargailah setiap detik bersama anak3 tersayang sesungguhnya mereka adalah harta dunia akhirat. Amin..




P/s : Hari ibu 13 Mei kan???

Wednesday, 25 April 2012

Ada Aku kesah...

Salam, nak tidur pukul 9.30pm so ada masa lagi nak tulis entry ni. Entry ni pendek je tapi pada aku sangat bermakna..

ADA AKU KESAH (AAK)??? pernah dengar tak ayat tu?? tipu kalau tak pernah dengar..ayat tu memang sinonim dengan orang sekeliling aku termasuk kawan-kawan aku sendiri. Ikhlas aku tak pernah sebut atau teringin sebut ayat tu. Terasa janggal sangat-sangat. Mesti ingat aku poyo atau budget bagus pulak. NO!!!!

Aku memang kurang gemar dengar orang sebut ayat tu samada bergurau atau serius. Bingit telinga aku okeh.Tak kira umur aku tengok semua nak sebut ayat AAK tu. 

Seriusly aku akan sentap bila orang cakap AAK tu kat aku sebabnya aku anggap orang yang cakap camtu tak reti jaga perasaan orang lain atau memang jenis berlagak even nak bergurau pun aku memang tak boleh terima.-_-

Contohnya aku bagi ek..

Bila ko memang dah terbiasa lidah ko cakap AAK tak kira apa waktu pun satu hari ko berbual atau bertanya dengan anak pasal sekolah ke apa ke tetiba anak ko jawab " Ibu Ada Aku Kesah". Apa perasaan ko masa tu???SENTAP @ MARAH???or nak marah anak ko tu atau ko nak salahkan orang lain sebab anak ko agak biadap dengan ko. Semuanya tepuk dada tanya diri sendiri kenapa anak kita ikut apa yang kita buat dan diorang ingat benda tu tak salah sebab makpak pun cakap.

Walau kita rasa sesuatu benda tu memang remeh tapi pikir baik buruknya dulu bukan pada kita tapi pada anak kita yang masih kecil yang memang mudah terpengaruh dan selalunya yang tak baik memang senang nak ingat. Betul tak???

Sekarang ni memang banyak budaya yang tak elok yang makin banyak menular so kita yang telah dikurniakan akal fikiran silala pilih yang mana satu membawa manfaat dan mana satu membawa mudarat. Mana yang baik kita amalkan.

Aku tak kata Ada Kesah tu ayat mencarut ke apa tapi terpulang la, pada aku ayat tu boleh membawa kesan yang mendalam yang lebih menjurus kepada kesopanan individu. Pakai tudung cantik muka ayu tapi suka cakap AAK..Alamak...terus nampak tak manis. 

Ayat atau perkataan yang kita tuturkan itu melambangkan keperibadian diri kita.

Maafla kalau enty ni menyinggung ke apa sebab ini cuma pandangan peribadi aku je tentang ayat AAK tu sebab aku tak nak anak3 aku cakap AAK kat aku @ En Faizal. Benda kecik boleh jadik besar. 

Renung-renungkan dan selamat beramal.



Piece~(^-^)v







P/s: Sentiasa pantau apa anak3 cakap. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...