Nuffnang

Friday, 11 November 2011

hilang akal ke????

 Terbiar tepi tandas

  


 MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.

Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.
Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.

Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.

“Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

 Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.

“Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.
Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.

“Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.

“Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797,” katanya.

Sumber : hmetro

Kenapa ek sekarang ni makin banyak benda2 pelik yang berlaku melibatkan kewarasan fikiran ni ek??? Walaupun apa masalah yang ko hadapi jgn la sampai libatkan anak kecik yang tak berdosa ni..Memang aku tak tau apa sebenarnya yang berlaku tapi bila dah melibatkan anak kecik ni aku mmg agak sensitip & agak sentap sikit. Budak comel gitu ko tinggal bontang gitu je..klu mak bapak dia la yang buat memang tak berotak dan tak berperikemanusiaan langsung. Budak umur setahun setengah ni klu ko buat apa je mmg dia menyerah je la..ko nak pukul ke, ko nak sepak ke, ko nak buang ke memang dia naif tak tau apa2...Kepada manusia2 diluar sana sila berfikir secara waras dulu sebelum ko buat sesuatu jgn sampai nyawa manusia tak bersalah menjadi gantinya...

 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...