Nuffnang

Thursday, 29 August 2013

Selamat Hari Raya

Lamanya rasa tak updet kan?? memang lama pun...rasanya dah sebulan lebih kot tak berupdet blog ni. Bukan lupa ke apa tapi maklumla aku di fasa malas sekarang ni walaupun dalam hati rasa rindu sangat2 kat blog ni...tskkk...tskkk..

Rasanya masih lom terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Tahun ni aku sambut raya ala kadar je. Baju raya pun aku tak beli tahun ni. Anak3 ngan En Faizal je la. Ntah la pembawakan budak kot aku memang tak suka beli baju masa pregnant kali ni. Nasibla baju budak3 aritu ada yang dah beli awal2. 

Cerita pasal pregnant lak, aku dah masuk 22 minggu. Sekejap je kan rasa. Due aku 4/1/2013. Kali mengandung aku asik selsema dan batuk. Boleh dikatakan kerap sangat2. Paling tak tahan bila batuk menyerang, keras2 perut aku kesian baby kat dalam ni. Malam memang menjadi batuk aku. Pregnant tak boleh makan ubat so aku tahan je la. 

Aku lom scan bebetul lagi nak tau jantina. Ingat nak pergi masa 24 minggu nanti dah genap 6 bulan kan, tapi skang ni pun dah tak sabar nakscan dah..huhuhu...berdebar2 pun ada gak ni. Aku redha je la skang ni. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan, walaupun masih berharap baby adalah GIRL. Doakan aku ek.

BArang-barang baby satu apa pun tak beli lagi. Tunggu pas dah tau jantina je nanti. Kalau boy pakai je la baju abang3 ek. Kalau girl kenela beli baru tuk dia. :) excaited...

Ok la. nnt cerita lagi. Gambar raya kendian2 aku masukkan ek.

bye.



Friday, 12 July 2013

Selamat Berpuasa 2013

Salam Ramadhan.

Lama rasanya aku tak bukak blog, bukan apa malas sikit..miahahahha...pembawakan kot. Minggu ni aku  pregnant  masuk 15 minggu. Alhamdulillah alahan memang dah tak ada la. Makan makin berselera. hahah. Berat badan pun makin naik mendadak. ayoooo

Ramadhan ni kali kedua aku berpuasa dalam keadaan pregnant. Pertama masa pregnantkan Aqil. Kedua yang ni la. Alhamdulillah setakat 3 hari ni aku masih larat berpuasa. Harap2 terus kekal sampai 30 hari nanti. Insyaallah.

Cuma hari pertama puasa tu je bila petang aku dah start sakit kepala. Alhamdulillah tak ada apa2 memula agaknya ek terperanjat jap baby. Tapi memang dah pesan kat dia Ibu nak puasa. :)

Aiman Fikry Alhamdulillah masih puasa lagi belum ponteng. Aku harap dia dapat puasa penuh lagi tahun ni. Ilman plak ajar puasa pukul 10am dah meleleh air mata nak makan. Ermmm. sokati la nak.

Puasa kali ni aku kurang nak makan makanan bazar. Aku singgah jugak balik keje sebab nak belikan Aiman makanan yang dia suka. Berkorban untuk anak berpuasa kan.Sebab perut aku skang ni nasik je boleh isi. Kalau yang lain2 tu agak tak minat. Balik rumah aku akan masak yangsimple2 untuk aku dan En Faizal. Dapat makan masakan sendiri rasanya lebih puas dan mengenyangkan walaupun hanya sayur kangkung goreng dengan ikan goreng. :)



Masa ni on the way balik umah mak nak sambut puasa sama2. Budak kecik ni skang kalau nak amik gambar dia kemain payah. Rambut pun jadikla. hahahahah hambekkk..rambut serabut bergulung.

Lauk berpuaka puasa pertama kat rumah mak. Biasala bila balik umah mak je makan sedap2 la. request je dapat. Atas tu ikan merah masak asam pedas, mee kuah sayur ikan masak kicap dengan ayam goreng. Sedap betul.





Haaaa ni lauk aku semalam...hahahahah kangkung goreng dengan ikan merah goreng tambah 2x. hahahahah...rasa macam sedap sangat bandingkan makanan kat bazar tu. En Faizal pun suka lauk simple2 ni laju je dia makan. Selain tu leh gak berjimat. mihmihihmih.. Arini tak tau nak masak apa plak balik baru pikir. Lauk aku simple2 je lauk kenduri memang tak wujud. hahahha

Ok la tu je nak cerita ada cerita best aku updet ek. Bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...