Nuffnang

Wednesday, 20 February 2013

fitness day opis..

salam.

Eh nak kabor sikit ke aku yang jakun...hahahha internet kat phone aku leh connect kat pc..yeayyyy...syukur rahmat...leganya...pasni aku janji akan selalu updet blog....bhahahahah...piece yo!!!
(org klu kemaruk mmg camni kenn!!)

Ok nak citer Sabtu lepas opis aku ada buat hari Fitness Day untuk anggota pekerja..bawak family sekali anak beranak hangkut je...tema biru tapi bila tgk pic tu Aqil pakai baju belang2 sebab dia tak de baju kaler biru..aku bapu pasan yang baju dia satu gobok tu tak de kaler biru tapi banyak kaler merah...belasah je la asal pakai baju T_______T

Banyak gambar sebenarnya tapi aku jadikan satu jela senang....yang lain2 tu banyak gambar senam-senam ngan pertandingan mewarna kanak2.. 

Tujuan buat Fitness day ni ialah untuk menggalakkan para pekerja untuk rajin bersenam dan menurunkan BMI (Body Mass Index) ke tahap ideal..majoriti BMI agak mendukacitakan yela makan sedap2 pastu duduk je kat opis menaip mana tak lemak menari2 kegembiraan..hahahha
 Mungkin akan diteruskan aktiviti ini di masa2 akan datang. Best gak kalau tak buat jangan nak harap semua orang ni nak senam kalau terpaksa ye nak...

Aku alhamdulillah masa check kesihatan aritu semua ok. BMI pn OK!!!...hahahahha...mana taknya hari2 bersenam menjaga anak lelaki 3 orang dah cukup buat aku mengah macam orang buat aerobik kekdahnya...
lari kesana kemari memerlukan stamina yang tinggi...suara kene lantang baru power...kahkahkahkah...

Ail masa ni memang lari kesana kemari..kejap2 kang hilang kejap2 kang nak godak kolam kejap2 kang panjat sana panjat sini so belum senam lagi aku dah berpeluh ketiak kejar dia je..-_-

Pertandingan mewarna Ilman dapat no 4. Okla sebab persaingan mungkin takat budak 4-6 thn kot...adala can. Aiman plak tak puas hati dia tak menang sebab dia kata dia kaler tak comot Ilman kaler comot. Yela di adah masuk kategori 7-9 thn competitor ramai tapi dapat gak hadiah saguhati. Ok latu.

Tengahari semua aktiviti settle dengan aku membaham nasi ambang special lagi...hahahah kaber lemak yang pecah tadi...kuang2...balik rumah semua membuta sebab kepenatan dengan aku2 sekali tombang!!

Ok last nak bgtau aku start minggu ni puasa ganti. Aku kene ganti 7 hari so kene la ganti sikit2 kan..Arini masuk 3 hari dah...Alhamdulillah..

sambung lain entry k bye!!


Tuesday, 19 February 2013

rindu!!

Salam

Rasa bersawang blog ni kan?sunyi je tak dengar aku membebel..seriusly aku sangat2 rindu nak menulis semula. -_-

Masa yang mengekang aku nak updet blog. Rasa bersalah kat blog ni cam membuak2. Kesian kat kawan2 maya aku mesti jemu tgk blog yang tak berupdet & ntah2 dah kluarkan aku dari list blog korang.  T____T

Aku harap masih ada org nak baca blog aku ni. Insyaallah aku akan cuba untuk kerap updet blog lepas ni...fuh..fuh..fuh..

Minggu ni aku dah start ganti puasa. Doakan aku tabah ye nak abiskan 7 hari tu..hehehhe..maklumla dugaan banyak tau!!

Seperti biasa rutin harian aku padat dengan kerja dan anak3. Syukur aku boleh laksanakan tanggungjawab dengan baik. Walaupun xsempurna mana tp aku puas.

Aiman dah darjah 1 Ilman masuk Smart Reader. Kena pantau lebih sikit. Aiman everyday ada homework tp dia pukul 8pm je dah sadaqallah. tdo. Klu aku kejut pun mmg tak jadik apa lagi aku hangin ada so aku kejut dia pukul 5am buat homework..hahhaha..no choice!! buat tetap buat ok!!

Ilman ni plak aku tak tau lagi perkembangan dia kat school caner. Maybe baru nak sesuaikan diri. Bila aku tgk dia cam ok ntah nnt aku nak tanya teacher dia camner dia kat school. ok ke ko!! Ilman ni ada sikit gembeng..suruh mengaji nangis nasibla suruh school ok dia suka sebab leh tgk tv. ok fine!!

Aqil cam biasa aktif sangat. Mulut dah keletah. Banyak cakap sekarang nak tuti (roti), kokokan (cococrunch), tutu (susu), yak,air etc. Budak ni manja bukan main ko tau..hishhh nak masuk dlm kain sampai xleh berenggang langsung ngan aku..kuat mengamuk klu nak sesuatu tak dapat...aku mmg xdela nak pujuk2..pandaila pujuk diri sendiri..hahaha..

Dia kat sebelah aku ni dah menguap yeayyy...10min lg ni mesti selamat...hahahha..

okla tu je nak cerita...nnt sambung lg..bye

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...