Nuffnang

Friday 30 November 2012

TESTIMONI VIT C WITH PURE COLLAGEN



FELLINA VIT C WITH PURE MARINE COLLAGEN
*sesuai diambil oleh wanita mengandung dan menyusukan*
1 Box : 30 BIJI KAPSUL
  Cara Pengambilan / pemakanan: 
2 BIJI KAPSUL SELEPAS MAKAN MALAM
 (Utk Penjimatan, BOLEH AMBIL sebiji sahaja) 
Minum Air putih at least 2-3 liter sehari
Detail Product: *5000mg with extra collagen
Gabungan mantap antara PF,Vitamin C.& IQR 1000mg


RUJUKAN KKM : ULUKM/1542/12 
RUJUKAN HALAL : 150127-PR 
 Harga: RM85 (SM) RM90 (SS) TERMASUK POSLAJU

 KHASIAT DAN KEBAIKAN FELINNA VIT C
- Mengatasi masalah kulit dari dalaman 
- Mengurangkan masalah jerawat dan dark spot 
- Melicin dan menegangkan kulit 
- Mengurangkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti 
-Mencerahkan kulit secara semulajadi 
-Mengurangkan lingkaran bawah mata 

INFO DAN KETERANGAN PRODUK
Keluaran MUSLIM (FELINNA BEAUTY)
- Di Kilangkan di Kilang Berstatus GMP 
- Di Jamin HALAL Dan Selamat - Mendapat Kelulusan KKM 

KANDUNGAN : 
-Pure Marine Collagen 
-Extract Gluta 
 -Vitamin C 
-Extract Citrus 
 
TESTIMONI DARI PENGASAS FELINNA BEAUTY

KULIT LEBIH CERAH DAN TIDAK KUSAM :)
PARUT PARUT JERAWAT DAN PENGGUNAAN MEKAP DAPAT DIKURANGKAN






 

BERMINAT SMS/ WHATSUPP : SUSIE 019-7929264

FELINNA VIT C YANG SANGAT LARIS!!





FELLINA VIT C WITH PURE MARINE COLLAGEN
*sesuai diambil oleh wanita mengandung dan menyusukan*
1 Box : 30 BIJI KAPSUL
  Cara Pengambilan / pemakanan: 
2 BIJI KAPSUL SELEPAS MAKAN MALAM
 (Utk Penjimatan, BOLEH AMBIL sebiji sahaja) 
Minum Air putih at least 2-3 liter sehari
Detail Product: *5000mg with extra collagen
Gabungan mantap antara PF,Vitamin C.& IQR 1000mg



RUJUKAN KKM : ULUKM/1542/12 
RUJUKAN HALAL : 150127-PR 
 Harga: RM85 (SM) RM90 (SS) TERMASUK POSLAJU

KHASIAT DAN KEBAIKAN FELINNA VIT C
- Mengatasi masalah kulit dari dalaman 
- Mengurangkan masalah jerawat dan dark spot 
- Melicin dan menegangkan kulit 
- Mengurangkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti 
-Mencerahkan kulit secara semulajadi 
-Mengurangkan lingkaran bawah mata 

INFO DAN KETERANGAN PRODUK
Keluaran MUSLIM (FELINNA BEAUTY)
- Di Kilangkan di Kilang Berstatus GMP 
- Di Jamin HALAL Dan Selamat - Mendapat Kelulusan KKM 

KANDUNGAN : 
-Pure Marine Collagen 
-Extract Gluta 
 -Vitamin C 
-Extract Citrus 
FAKTA TENTANG VITAMIN C :
Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia & harus diperolehi melalui makanan @ supplement tambahan. Vitamin C adalah sangat penting untuk sistem imun manusia. Satu kajian University California, mendapati mereka yg mengamalkan supplement hidup lebih lama & lebih sihat berbanding mereka yg tidak mengambil supplement ini. 
 
 Berminat sila sms/whatsupp : susie 019-7929264

Thursday 29 November 2012

Testimoni Felinna Inchloss Sangat Hebat & Berkesan!!


Sila jangan shut down n fikir ini adalah virus :)

After hari tu upload gambar ramai yg cakap felinna propa plus ada gak yg cakap gambar gemuk tu adalah kakak,adik or sapa2 bukan felinna and ada gak yg cakap gambar kurus itu sebelum menjadi gemuk.. ok sy tahu gambar gemuk ni xfull tapi harap maaf masa mengalami masalah kegemukan tu memang i alergik ngan camera and confident terus hilang..so susah sgt nak cari gambar ni ha.. 

yups 3bulan lepas bersalin saya rasa sangat buruk okey! hingga jumpa inchloss and terfikir untuk buat jualan bagi membantu lebih ramai wanita yg takut makan pil.. takut nak minum minuman kurus tuh utk sama2 rasai kehebatan produk ni.. 

 YA! SAYA BERJAYA TURUN 5KG DALAM 1 BULAN..

dan saya semakin yakin walau bukan kembali ke berat asal saya masih xjemu2 sapu inchloss ke lemak2 yang masih bermahrajalela.. ada lagi 5kg untuk diturunkan.. jom sama2 inch loss and rasai kehebatan nya!

NOW XDE SAPA DAH NAK PERTIKAI ORIGINALITI GAMBAR KOT? 
HEHE ITU SUAMI YANG SAMA.. 
XBESAR2 DAN ANAK YG SAMA YG MAKIN MEMBESAR.. 
JADI SILA TELITI DAN INI MEMANG SAYA..
KALAU BUKAN SAYA XKAN SUAMI NAK PELUK KAN? 
 

 

DETAIL PRODUK :
DENGAN SAIZ TERBARU : 180 ML 

HARGA : RM 75 / RM 80 (S&S)

POSTAGE PERCUMA :)

Berminat???? hubungi : 
 

SUSIE : 019-7929264 (SMS/ WHATSAPP)

Email : alluring_b@yahoo.com


 
CARA PENGGUNAAN/PEMAKAIAN FELLINA INCHLOSS

- Picit INCHLOSS secukupnya dan sapu pada bahagian badan/tempat bermasalah sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan lawan / ikut jam)

- SEBAIKNYA Sapu 2x sehari, iaitu selepas mandi dan malam sebelum tidur
(nak sapu lebih dari 2 kali sehari pun okay)

- BOLEH digunakan oleh LELAKI dan juga PEREMPUAN, ibu menyusukan, dalam tempoh berpantang, dan JUGA wanita hamil (sewaktu hamil BOLEH SAPU SEMUA BAHAGIAN kecuali bahagian PERUT)

FELINNA INCHLOSS

Salam,

Korang semua pernah dengar tak Felinna Inchloss yang tengah meletopsss sekarang ni. Meh aku bagitau sesiapa yang belum tau lagi produk ni untuk apa??

Ada setengah orang tu nak kurus tapi tak nak makan ubat-ubat kurus takut effect ke apa kan. Felinna macam ubat kurus juga tapi dengan cara sapu je di bahagian badan yang ada lemak-lemak degil tu macam peha, perut, lengan muka pun boleh untuk mendapatkan muka yang lebih runcing dan menawan.

Nak cantik kenela rajin gosok kat badan tu sebelum tidur dan pagi sebelum nak pergi keje tu..no malas-malas ok. ^_^





Senang saja. anda hanya perlu UKUR, SAPU DAN UKUR

Aku gerenti akan ada penurunan inci dalam masa seminggu


TAK PERCAYA?


KENA BELI DULU UNTUK LIHAT PERBEZAANNYA


Produk ni tengah HANGAT DI PASARAN YE!!!!!

HARGA PUN BERBALOI-BALOI 
DIJAMIN BERPUASHATI DAN BERKESAN!!!



TESTIMONI PENGGUNA FELINNA INCHLOSS



 WAH RAMPING BETUL. ANDA TAK NAK JADIK SEPERTI AKAK NI KE???SILA JELES OK HANYA SAPU SAJA DAH BOLEH KURUS.



 DENGAN SAIZ TERBARU : 180 ML 

HARGA : RM 75 / RM 80 (S&S)

POSTAGE PERCUMA :)

BERMINAT SILA HUBUNGI :

SUSIE : 019-7929264 (SMS/ WHATSAPP)
Email : alluring_b@yahoo.com


Monday 19 November 2012

Karenah betul la..

salam

Aku tengah dok layan aqil yg  dari tadi asik meragam je. Ntah apa yang tak kene gaknya asik nak melalak. Aku memang tak boleh dengar budak nangis kepala aku kusut seb la ada bapak dia nak layan.

Padahal dah makan dah susu dah mandi. Maybe penat seharian tak tdo kat taska. Sejak pindah taska ni malam je mengaruk pastu tido awal. Bagus tido awal tapi nak layan dia mengaruk tu letih aku dibuatnya. Semua serba tak kene.

La ni tengah layan dia tgk katun. Aku ngan En Faizal kembali ke zaman kanak-kanak hingusan melayan karenah Aqil ni. Malas nak dgr dia menjerit baik ko layankan je. Kang dengan ko2 skali meroyan. Leh gak aku updet blog.

Aku tengok  Aqil ni lagi keras dari abg2 dia. Kalau dia nak tu,tula jgn ko kasik lain memang dia baling terus kat dinding sampai berkecai. Keras kepala gak cam aku. ehhhh??? tapi dia ni senang diajar. Aku ajar sekali dua pastu dia dah boleh follow apa aku buat. Cth pas minum susu mesti letak atas meja tak mau sepah2. Ok dia dah pandai kadang2 abg2 dia amik kesempatan atas kerajinan dia tu. Sekali dua takpe banyak kali meh ibu tolong letakkan!!dah besar cakap sekali cukup.

Kalau nak mandi pun dah pandai amik towel sendiri. Good!! ok paling dia terer skali bila nak makan. Doplohpatjam makan saje. kadang sampai aku kene kontrol takut dia muntah. T___T

Mulut cam bertih jagung asik bercakap je kadang bunyik butir aku tak paham langsung. Pot pet pot pet...kang last2 bunyik "airrrrr!!!!" jelas giler. Baik2. penat cakap tekak kering. hahahhaha

Manja sangat. Camner nak ada adik ni. kang dia henyak perut aku senak dibuatnya..risau..takpe tu thn depan punya cerita ek..lalalala Aku kalau nak sakitkan hati dia ko pangku je Ilman terus lembik melepek kat badan aku tak kasik. Yang Si Ilman pulak mmg suka kalau aku nyakat Aqil lelaju je duduk pangku aku. Kaki dah panjang tak muat dah peha aku. Kalau duduk tu adoiii tongkeng tajam betul..

Bila la budak kecik ni nak tido jap lagi akh nak layan Merlin 5 plak. Aku tak missed dari season 1 lagi okeh. Sanggul lagi aku tunggu Merlin daru tunggu Adam & Hawa tu.

Ok tangan aku dah kebas. sambung nanti.bye

Published with Blogger-droid v2.0.9

Konvo Pra Sek Nusa Perintis 1

Lambat sangat updet sampai tarikh Konvo Aiman ni pun lupa...adoiii la..ok dah ingat 05/11/2012 Isnin.

Hahahah masa aku dulu tak de pun konvo2 bagai. Sarung je la jubah tu pastu balik. Sekarang ni dah advance..ada persembahan nyanyian, chicken dance & macam2 lagi. Seronok aku tengok.

Muka comel je pakai Jubah ngan topi tu ek.. Aku ngan En Faizal sampai awal 7.30am dah terpacak kat sekolah. Aku heran apsal la macam tak ada orang. Rupanya start pukul 8.30am. Ok dudukla kat dewan dengan perut kelaparan. T_______T

Muka bahagia bila aku ambik gambar dia. Aiman masuk persembahan chicken dance. Kemain besar riben ko ek bang. tergelak aku tgk. Aku tanya apsal abang tak pakai kepala ayam tu pastu dia jawab abang tak reti joget. Oh lupa ko kan pemalu cam apak ko..semua malu itu malu ini malu memang susah. Ermmm. nasibla. Yang ikut jejak aku Ilman je aku dapat trace skang ni. Aqil aku tak tau lagi apa kelebihan dia. Tunggu dah beso sikit baru nampak karakter dia.

Ini Aiman dengan teacher Pra-Sayang dia Teacher Saridah dan lagi sorang tak ingat nama.pembantu teacher Saridah tu. Sory tak ingat nama maklumla usia dah menginjak ke 30an ni memang selalu pelupa. -_-

Atas stage masa ambik sijil dan piala bersama Guru Besar Sek Keb Taman Nusa Perintis 1

Aiman & Haris. HAris ni pandai dapat anugerah kurikulum terbaik, Aiman plak dapat Anugerah Kehadiran Terbaik. Bangga ibu tau!!

Ibu pun dulu rajin sangat pergi sekolah sampaikan demam pun tak nak cuti. Memang aku pegang kehadiran terbaik tu. So sekarang aku akan train anak3 aku ikut sama perangai aku tak suka ponteng sekolah. Dari situ diorang akan suka nak pergi sekolah dan belajar. Alhamdulillah Aiman memang tak ada masalah nak pergi sekolah. Bangun pagi pun senang sangat. Aku tepuk sekali dua je terus bangun mandi. Aiman memang setakat ini senang nak lentur lagi. Alhamdulillah.


Masa sesi bergambar. Banyak ambik gambar tapi malas nak upload banyak2.hahahaha. mood tak ada.
Free style katanya. Omel je semua2 ni kan. Alahai. Mudah-mudahan lepas ni pakai jubah ngan topi masa amik degree. Insyaallah.Amin


Sijil habis sekolah PRA SEKOLAH SAYANG SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA PERINTIS 1
MUHAMMAD AIMAN FIKRY BIN MOHAMMAD FAIZAL.

Sesungguhnya ibu nak abang tau ibu bangga dengan abang!!!Sayang abang banyak2.

Monday 12 November 2012

Sweet Memories


Salam

Gambar kenangan dengan En Faizal. Masa ni baru bertunang tahun 2004. Aritu aku selak-selak  almari terjumpa plak gambar ni kenangan betul. ^_^

Masa ni aku kurus kan??? eh mana korang kenal aku ...ekekekek...berat aku masa ni 49kg sampaikan mak aku kata aku sakit. Sekarang ko jangan tanya..sensitip!!!

Aku dengan En Faizal bertunang setahun setengah je. Aku pun masa ni baru je dapat keje duit gaji baru bape sen sangat tapi kalau dah jodoh aku tu cepat nak buat camner ek. Masa ni umur aku 22 tahun. Muda remaja lagi tau. Fresh Graduate from UiTM Shah Alam. Baru 6 bulan keje aku dipinang. ecehhhh...kahkahkahkah...Kengkawan aku masa U terkejut aku diantara yang terawal kawen tau. hahahaha. Diorang memasing galak sambung belajar aku plak sibuk nak kawen. Ermmm. Sikit pun aku tak menyesal kawen awal. Semua dah ketentuan Allah. Aku bersyukur. 

Dah 7 tahun dah usia perkahwinan aku dengan En Faizal. Aiman pun dah 6 tahun. Untung kawen awal ni anak dah besar dah. Alhamdulillah. 

Masa ni gambar ni amik kat Shell. Shell tu skang dah tutup. Bankrup kot. Masa ni kami nak pergi Penyabung trip kengkawan En Faizal bawak family memasing. Seronok masa ni. Skang ni kalau jumpa balik dah besar dah anak memasing.

Aku kenal dengan En Faizal ni pun tak lama sebenarnya lebih kurang 6 bulan gitu. Sepupu aku kenalkan. Dia ni pemalu yang amat sangat tau. First time jumpa dulu dia langsung tak tengok muka aku. Aku kata pehal pulak la dia ni..mesti pasni dia tak ingat muka aku sebab dia tak pandang aku langsung just jeling-jeling je gitu bila aku pandang balik trus tengok lantai. Cam ni punya orang pun ada ke???

Bila aku dah hidup bersama selama 7 tahun ni aku memang dah masak sangat dengan perangai dia, Jangan nak kelentong aku aku tau apa yang dia buat..ekekekke.

Pemalu sampai sekarang pun camtu. Aku plak jenis banyak mulut kalau aku kenal  orang tu. Kalau aku tak kenal aku batu jugak. Ok Allah jadikkan couple ni pro n kontra. Banyak hikmahnya. Kalau aku pun pemalu jawabnya satu benda pun tak jadik. En Faizal ko tu cuba ko suruh tanya masuk kedai potong jari la kalau dia nak pergi last-last muka aku ni ha yang peramah bertanya. See!!! Untung betul dia dapat aku kan???kahkahkahkah..sila lempang lelaju 

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan so aku kene terima kekurangan dia dan kelebihan yang dia ada sama jugak macam dia terima aku seadanya. Tahan je dia kalau dengar aku berceramah ke apa ke. Senyap je dia soa aku pun kene paham dia dan teriam dia seadanya. 

Nak cam AAron Ajis tak dapat so dapat En Faizal ko pun dah bersyukur sangat2. I love u soo much Yang!!
Semoga perkahwinan kita kekal hingga hujung nyawa. (^_^)

lalalalalala.....

 


LEGOLAND

 Salam,

Lama betul aku tak hupdet blog kan? kesian rasanya. Aku buat-buat busy lately ni...hahahhaa...takpe azam baru pasni nak rajin hupdet blog. Rasa tiap tahun azam yang sama. 
Ok ni dah nak akhir tahun so aku buat azam dulu tuk tahun depan...doakan aku ye!!
(^_^)v

Hari Sabtu lepas aritu En Faizal punya Family Day dia buat kat Legoland. Memang seperti orang mengantuk disorongkan bantal la kan sebabnya sebelum ni anak2 sibuk ajak pegi sana je. Aku malas sebab banyak lagi yang belum siap so aku target tahun depan baru nak buat annual pass tu.

Aiman seminggu sebelum tu asik sebut Legoland..Legoland...bila nak pegi Legoland ni berdesing2 kat telinga aku ni suara dia. Punya la tak sabarnya nak pegi.

Makanya hari Sabtu aritu pas En Faizal balik kerja terus berdesup pergi. Sungguh tidak sabar. Jangankan kata budak2 aku pun sama 2x5...hahahahha

Elok dalam perjalanan budak kecik Aqil buat hal. Dia muntahkan aku. Memang sweeeeeeetkan ko Qil. Aku pakai perfume berbau muntah susu pagi tu. Nasib kene kaki je dan tak nak spoilkan mood aku aku berlagak cool ok..malas nak bising-bising nanti dah tak best plak nak berjimba.En Faizal dah nak ajak balik je. Ehhh aku yang kene muntah dia plak yang emo. Period ke????
T________T


 Satu lagi yang aku malas nak jalan-jalan sebab Ilman ni tak suka bising-bising ramai-ramai orang ni. Dia jadi takut & ajak balik or duduk dalam kete. Ko tengok muka dia tu dah berkerut. Tension aku. Aku pujuk dia suruh duduk kat situ. Kang dia kata nak terkencing kang kejap nak terberak. Adooooiii penyakit betul. Memang kene pandai tackle mood dia..kadang-kadang aku plak yang jadik harimau sebab nak tackle mood dia tu. Grrrgrrr. -_-

Aqil no hal ko campak kat mana pun dia boleh hidup okehh!! asalkan ada makanan dah cukup buat dia bahagia. Paling tak reti diam. Sesaat je aku toleh lain dah hilang dah. Berlari-lari je aku dibuatnya. Hilang cun. Macam robot kalau lari tak reti nak stop semua orang di langgarnya. Pedulik!!

Ko nak stopkan dia berlari ko kasik makanan. Ok berjaya duduk pastu dia baling2 batu sungai tu kat aku. Takpela nak asal ko diam sudah...aman kejap. Ilman muka masih tegang. Aku plak yang tension.

 Gilir-gilir dukung budak ni. Tangan aku dah lenguh. kalau ada tali aku dah ikat dah kat lengan aku ni.
 
 
Bagi can aku nak posing jap. Ekekekek.padahal bau muntah. kahkahkah..pedulik la orang tak sempat nak bau kot.


 Ayah mithali..awwwww..

 Sibuk dengan belon memasing dah tak reti nak duduk diam. Aku je yang eksaited kemain :)





 Cuaca masa ni memang panas berdenting. Aku ajak En Faizal masuk lain kali je sebab orang masa ni memang gila ramai sampai nak jalan pun susah. Maklumla cuti sekolah dah start. Family Day PTP lagi. Kaum kerabat PTP je dah separuh Legoland ni. Belum yang rombongan sekolah lagi. Aku macam dah nak pitam tengok ramai orang dengan panasnya lagi. 

Ok sebelum aku pengsan baik kita cari tarikh yang agak2 tak ramai orang nak datang. Kalau masuk sekarang ni pun rugi sebab kompom2 ko tak dapat main permainan dalam tu. Berbaris setengah jam pastu main cuma lima minit. Kang aku jadik antu kang. Jangan memain. Jom Balik!!

Aiman masa ni dah berlinang air mata nak masuk. Sekali aku tenung senyap. Bapak dia pujuk ajak masuk hari lain. Ok settle. Ko nak nangis sambung kat rumah pulak.


 PTP'S FAMILY DAY
 Ok bergambar lagi. walaupun panas tak menghalang ok. ekekekek

 Sangat panas ok muka En Faizal bukti cuaca adalah sangat terik. lalalallala...


 On the way balik rumah. Fuhh lega aku rasa dapat keluar dari tempat yang ramai orang tu!!!

 Budak kecik ni dah keletihan. Dalam kereta lagi dah tidur.


Sampai rumah je tak lama hujan sangat lebat. Ok nasib decide nak pergi hari lain kalau tak rugi je tiket sebab hujan. Kaki aku cam rasa nak tercabut. Ok mari kita tidur beramai-ramai.

Bila nak pergi lagi tak decide lagi bila tapi masa cuti sekolah ni la. Ok nnt cerita Lagi pasal Legoland.

Bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...