Nuffnang

Wednesday 31 October 2012

Aqiqah 2012

Salam

Ahad lepas aku ada buat aqiqah untuk anak3 aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Tahun lepas buat jugak untuk Aiman dan Ilman tapi sorang satu bahagian je. Tahun ni aku habiskan semuanya so aku buat empat bahagian. Alhamdulillah.

Tempat aqiqah adalah di tempat yang sama pada tahun lepas iaitu di Masjid Taman Bukit Mutiara. Semua aku serah kat ahli masjid dan ajk yang menguruskan. Bab2 mengagihkan daging2 semua aku serah kepada yang arif aku tau siap je.

Aku rasa dengan cara ini pengagihan daging dapat dibuat dengan baik so aku tak ragu2 lagi.

Aku gerak dari umah mak Lokheng pagi tu. Berangan nak kuar awal last2 lambat juga. Penyembelihan pukul 7.30am. Fuhh kelam kabut kami dikerjakan. hahahah.

Kami sampai pukul 7.45am ngam2 lembu aqiqah kami menggelupur baru kena sembelih. Nasib sempat tengok beliau menghembuskan nafas terakhir kalau tak kempunan aku. -_-

Aku datang denga En Faizal dan Aiman je. Lagi dua orang tu aku tinggal. kose nak bawak.

Aku memang kagum gila dengan ajk2 yang terbabit. Dari start sembelih,melapah & membungkus fuyooo sangat cekap ok. Aku tengok sorang pakcik tu lapah lembu kemain senang cam siang ikan je aku tgk. Kalau aku buang kulit ekor je gaknya satu hari. hahhaha.

Kerja gotong royong memang cepat. Dalam pukul 10am gitu aku dah balik dengan mendapat sikit bahagian daging aqiqah tadi.

Alhamdulillah syukur aqiqah anak3 aku dah settle. Insyaallah tahun depan ada rezeki buat korban pulak. amin.

Oh lupa bahagian Aqil aku buat dekat kemboja dan segalanya aku serah kat yang bertanggungjawab. Alhamdulillah untuk rakyat miskin kat sana. :)

ok tu je nak lapor.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 30 October 2012

Iklan : Jemput Tengok Ye..^_^

salam

Aritu aku ada bagitau yang aku nak buat satu misi. Misinya ialah aku buka satu akaun FB untuk untuk menjual produk-produk kesihatan dan yang pentingnya aku menawarkan perkhidmatan dropship.

 facebook aku ialah :




 'anda boleh fren aku kat FB aku tu'


Dropship ialah Aku promote produk mereka dan carik customer dan aku mendapat sedikit komisyen daripada mereka. Paham tak? Dropship aku suka sebab tak payah kene pos2 barang bagai. Aku kan busy so dengan cara ini aku leh gak cari duit poket sampingan. 

Ok aku nak mengwar2kan bahawa aku menerima perkhidmatan dropship kepada mereka-mereka yang mahu menjual produk kesihatan, kecantikan mahupun pakaian sangat dialu-alukan.

Dengan syarat DROPSHIP SAHAJA. 

Berminat boleh hubungi aku melalui sms/whatsup. 019-7929264 
atau email alluring_b@yahoo.com
Aku bantu Korang ofcos aku juga dapat duit sampingan.





p/s : Sekarang aku jual Vitamin C Organik. Ok sebab aku pun makan vit c tu. & aku jual susu ALSDII. Berminat boleh kunjungi fb aku tu ye.


Sunday 21 October 2012

Lauk

salam

lauk semalam baru nak updet arini. kahkahkahakah...aku kan jenis suka masak ringkas2 je. Anak2 aku jenis kalau makan memilih. tension aku kalau nampak sayur cam nampak cilipadi. Kalau nampak lada terus tak makan satu hari.

Semalam aku bangun pagi terus masak untuk lunch skali senang. Aku kalau weekend rajin masak. Agak2 tekak aku nak makan aku buat. Last2 aku yang telan sensorang. T_______T

Semalam aku plan pagi tu nak goreng meehoon. Siap pergi kedai beli bahan segala sebab kat kepala otak ni memang yakin ada sebungkus lagi yang belum dimasak. Ok malam tu balik kedai pun tak cek sebab tahap keyakinan aku 200% ada.

Sekali bangun pagi dah terbayang meehoon sedap yang aku masak.hahahah.Tarik kabinet aku tak nampak pun meehoon rupanya memang tak ada stok. Adoiii. stress tapi tak bagitau En Faizal takut kena perli seminggu. huh

Terus siap masak untuk lunch. hambik ko aku masak telur dadar, sardin masak kicap dan ikan tongkol masak kari. Senang masak awal lapar kang tinggal ngap!!!!

Aku ni seminggu sekali masak pun dah pening pale nak masak apa. Agak2 kalau hari2 duduk rumah maunya aku buat list masak lauk sama ulang2. nasiblakan. hahahha

Aku kalau western2 ni aku tak reti sangat walhal masakan ni paling simple n senang. Ntah aku ni dah dasar jawa nasik jugak yang aku nak telan. Western ni kalau Aiman memang kena dengan tekak dia. Aku je malas layan. Aku kalau tak pedas lauk tu mmg tak thrill ok.

Ok sok dah keje aku tak sabar nak buat satu tugasan ni. Hopefully semuanya lancar. Insyaallah. Nantu aku buat entry lain citer pasal ni. Doakan aku ye. ^_^

Ok anak3 semua dah kenyang so aku nak suruh tdo awal sebab sok nak sek.

Ok aku nak solat jap. bye

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday 17 October 2012

Rutin

salam

Santaila sangat aku kan ni baru je dapat baring pas solat leh sapu2 masker kat muka dan updet blog adalah sesuatu yang menggembirakan.hahaha.Aku kan selalu nak cek jerawat kat muka pun tak sempat. T_______T

Rutin aku setiap hari ofcos kejala kan 8am -515pm. Biasa aku punctual balik sebab aku bukan ada bibik nak suruh buat semua keje rumah kasik makan anak-anak. Aku akan pastikan semua keje opis akan aku settlekan pada hari tu jugak dan aku boleh balim awal. Aku jenis tak suka keje bertangguh. Pening pale. =_=

Balik terus rushing amik budak kat taska before 630pm. Biasa aku tak pernah lambat la. Aku kan minah rempit. Eh! Lepas kutip semua anak pastu pikir plak nak makan apa ek dinner nnt???

Seriusly aku memang jarak masak except weekendla aku akan masak. Kalau aku tak masak jugak baik dulu aku tak payah bazirkan duit buat kabinet dapur kan?? tak payah masak hari-hari alasan dapur gas tak de. kahkahkahkah. Kene sekeh aku ngan En Faizal nanti. -_-

Adala jugak kengkadang tu aku mimpi nak masak. Kemain beriya masak pastu nasik 1 pot pun tak habis. caner tu?lebih baik aku beli je kan. En Faizal pun tak kisah sebab dia selalu malam nak makan ringan-ringan je. Budak- budak ni tak membesar lagi kot tu sebab tak pemakan. #ayat nak sedapkan hati#

Tadi budak-budak ni main menan kat bilik belakang. Kemain bersepah lagi. Migrain aku tengok. Aku kan tak boleh tengok sepah-sepah ni nnt terus jadik hantu. Pastu menan kecik-kecik tu aku terpijak plak memang jawabnya ke tong sampah la. Sakit terpijak menan ni macam rasa ko nak sepak2 dinding sebab geram!!!!

Sebelum anak-anak tido make sure diorang dah makan dan susu pastu makan minyak ikan. Ok maksudnya keje aku selesai hari tu.

Ramai yang tanya aku anak ramai oastu kekecik plak tu caner aku handle? Aku jawab senang je jaga jela pastu jangan anggap beban pulak. Agak-agak ko nak mengamuk ko mengamukla sebab semua tu memang ko perlukan. hahahha. Insyaallah aku dapat handle semuanya dengan baik. Tipula kalau aku kata tak penat tak sakit badan. So far aku tak janggal dan tak kekok jaga anak ramai.

Aku tak kisah kalau anak aku ramai. Lebih membahagiakan. ^_^ Insyaallah ada perancangan nak buat adik untuk Aqil. hahaha tapi ntah bila sebab sekarang aku tak sedia lagi. Bagila can aku kurus lama sikit ek. lalallaala

Setiap orang mesti pernah stress. Aku selalu stress tapi ko boleh control kot stress tu. Orang yang tak pernah stress aku rasa tak normal kot.

Ok aku stress sekarang ni sebab tv ni asik katun doplohpat jam. Aku stress sebab tak dapat tengok Adam hawa tu. Dah banyak episod aku tertinggal. Apsal la citer ni start lambat sangat. huh. Aku selalu tunggu sambil baring kat sofa tup2 sedar2 dah subuh. =_=

Ok bye.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 16 October 2012

Misi rahsia

salam

wah tajuk ko cam tak agak-agak. Aku memang selalu pening nak letak tajuk entry. Sukati letak tajuk pastu citer lain cam sengal.

Aku ada satu misi nak dilaksanakan dalam waktu terdekat ni. Doakan aku berjaya ye. Insyaallah aku minat dengan apa yang aku buat ni.

Aku tak nak bgtau sekarang takut tak menjadi. Insyaallah kalau dah ok aku akan share kat blog.

Setiap usaha pasti ada ganjarannya. Amin. Rezeki Allah terbentang luas selagi kita berusaha ke arahnya. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday 10 October 2012

RABU TANPA KATA - Budak Lasak

salam

Sayang budak kenit ni sangat-sangat (^_^)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 9 October 2012

Tudung

Salam

Pagi tadi aku macam eh nak pakai tudung bawal la arini. Tetiba jadik rajin dan bersungguh. Rasa nak tukar mood bawal pagi ni.

Biasanya aku pakai tudung sarung je senang. Tudung bawal ni aku jarang pakai sebab malas. hahaha

Koleksi tudung aku memang banyak ok. Sampai tak terpakai aku tapi sebab tamak haloba beli juga. Macam-macam jenis bawal ada, shawl ada, pashmina ada, ala fareeda ada 8, tudung sarung biasa macam-macam corak satu beg. ok cukup.

Shawl aku pakai ikut mood sebab dia terbelit-belit sikit. Aku pakai bila aku kuar dating dengan En Faizal je. Kalau ada anak-anak lebih lagi aqil maunya shawl aku jadik jerur leher. T______T

Ok la tetiba cerita pasal tudung plak. Aku ada meeting ni jap lagi. Adoii malasnya aku!!!

ok bye!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday 8 October 2012

survey

salam

Aku tengah tengok katun tu dah pasti. Sekejap lagi aku mesti dah ngantuk tak sempat tengok adam & hawa aku dah pengsan. selalu camtu tengok yang record je selalu tertinggal. T______T

Jomla sembang.

Sekejap je dah nak akhir tahun 2012. Masa berlalu dengan pantas kan?? Biasanya akhir tahun aku dah start nak survey harga taska.

ok tahun ni harga taska dah naik. Aku ingat barang runcit je naik rupanya taska pun nak up jugak!!

Tadi aku bersms dengan teacher taska anak-anak aku tanya la bayaran untuk tahun depan berapa. Aku juga ada tanya kat Smart Reader sebab tahun depan aku nak hantar Ilman blajar kat sana biar jadik orang sikit.

Dekat taska sekarang ni aku rasa dia lebih kepada penjagaan tapi pembelajaran anak-anak aku cannot go. Belajar benda lain adalah kang balik muka calar balar mata lebam bila aku tanya kenapa lek je dia jawab gaduh!! sekolah seni pertahankan diri ke apa!!?

Aiman tahun depan dah darjah 1. So dia dah sekolah agama juga. Mungkin transit kat taska sekarang. Ntahla aku tengah compare harga dengan Smart Reader ni mana yang ok. tengok keadaan dan kewangan.

Aqil tahun depan 2 tahun. So aku budget bayaran dia reduce sikit dari sekarang kan..tapi meleset sebab harga taska dah naik tahun depan still harga bayi juga. oh haruskah!!

Anak ramai so aku kene pandai arrange duit so aku kene berkira-kira mana yang ok. Aku memang fussy tak nafikan itu. -_-

Lepas dah tau harga semua barula singsing lengan bincang dengan En Faizal mana nak pilih. Ko nak suruh En Faizal tanya semua ni mimpi ok dia kan pemalu tak bertempat. menyampah!!

Terasa nak buat part time je la. Tapi aku nak buat apa??bibik ke???

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...