Nuffnang

Tuesday 29 May 2012

rindunya

salam, rindunya nak updet blog ni tapi memang banyak kekangan nak updet blog ni. Mintak maaf la kalau blog ni sunyi je. 

Minggu lepas Ilman masuk wad sebab batuk tak baik-baik. dia memang ada elergik so lagi teruk bila dia start batuk. Berlarutan sampai sebulan terus aku bawak dia jumpa pakar.

3 hari 2 malam duduk dalam wad alhamdulillah sekarang nampak sihat sikit. Batuk pun makin kurang cuma kene masuk gas (inhaler) setiap 4 jam.

Bergilir-gilir jaga dengan En Faizal. memang tak nak hantar masuk taska dulu sebab takut lagi teruk. Esok mungkin baru hantar taska.

2 hari lepas Aqil pulak demam. Harini ni masih demam lagi dah pergi klinik dah kalau tak ok jugak memang nak kena bawak pergi pakar jugak. Memang musim la sebab masa kat wad aritu semua kes yang masuk wad kes yang sama batuk dan berkahak.

Aiman aku dah pos balik kampung duk sana. Senang aku leh fokus jaga adik2 yang tak sihat ni. Semalam aku call dia suka sangat sebab dapat naik motor pusing-pusing felda sampai jemu. hahahaha...lebih-lebih lagi motor baru atuk dah keluar,hahahah.

Plan cuti sekolah ni nak bawak budak pergi jenjalan Melaka tapi maybe cancel sebab Aqil & Ilman tak sihat. En Faizal kata lain kali kami pergi. ermmmm.


 Piece ~(^_^)v


P/s : Esok En Faizal nak pergi mancing kat Pulau Besar.

Monday 14 May 2012

Kek Angry Bird

Birthday Aiman aritu ayah dia belikan kek Angry Bird. Sibuk sangat nak kek Angry Bird cakap dari munggu lepas. Dah dapat muka bangga giler. ^_^

Hadiah masih belum beli lagi sebab En Faizal masih survey-survey harga. Aiman hangenn je..hahahah. Tahun ni sambut kat umah potong kek siang hari biasa malam hari sebab En Faizal ko masa tu keje malam. Buat ala kadar je. Aiman pun dah puas hati sangat sebab dapat kek Angry Bird. Tak sedap mana pun kek tu. Aiman makan mulut dengan kening dia je tu. -_- Ada lagi baki dalam esbok. Kalau kek indulgence Secret Receipe memang dah lama aku lahap…hahahaha.

 Kek Angry Bird merah Aiman punya. Eh abang macam muncung abang kalau nangis..T________T

 Tak menyabo nak potong kek..Buat ala kadar je nak hiburkan hati Aiman. ^_^


  Muka dia atas adalah muka orang yang terlebih excited. sayang sangat-sangat anak ibu ni.

  Eh!! sedondon dengan baju ayah la. Aku risau budak kecik tu tepis je kek tu terus telungkup.-_-

Makan dia punya mulut dengan kening je. Bagi anak jiran kanan kiri buat merasa. Ilman masa ni tidur kepenatan carik kek abang dia ni.  Pasni kalau ayah free kita pergi makan-makan ek. 

Love u much, Aiman.






P/s: En Faizal ko pergi memancing udang agak-agak dapat hasil tak??


Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Ibu...



Selamat Hari Ibu diucapkan kepada kawan-kawan yang telah bergelar ibu. Rasa terharu bila setiap tahun kita diraikan. Sesungguhnya kita patut berbangga dapat merasa menjadi ibu dan mendidik darah daging menjadi anak-anak yang soleh & solehah. Amin

Ibu harus diletakkan paling utama selepas Allah S.W. T dan Rasullulah S.A.W kerana kejadian pusat di anggota badan ibarat petanda hubungan sedarah antara ibu dan anak.

Andai ingin meletak kasih sayang paling tinggi sesama manusia, ibu paling sesuai. Dia yang membesarkan kita selama ini.

Hendak dibandingkan dengan isteri hanya beberapa tahun, sudah terdesak menuntut hak suami berlaku adil. Sedangkan dia tidak wajar menuntut hak untuk disayangi melebihi si ibu.

-Dr Wan Akashah Abdul Hamid, Pendakwah.

Meleleh air mata aku bila baca artikel ini. Sangat menyentuh perasaan & naluri keibuan aku. Sesungguhnya ikatan ibu dan anak memang tidak dapat dipisahkan sampai bila-bila. Sayangnya ibu terhadap anak melebihi nyawanya sendiri.






Friday 11 May 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang...

Malam ni detik 12.00 malam 12/05/12 adalah ulang tahun Muhammad Aiman Fikry yang ke 6 tahun. Masih tak tau apa plan untuk esok. En Faizal keje malam so agak terbatasla nak buat aktiviti. For sure sok dia akan tidurr je tapi dia dah janji nak beli kek untuk Aiman. ^_^

Biasanya kami akan sambut besday Aiman dan sambut hari ibu sekali sebab cuma selang sehari je. Jimat nak beli kek.hhehehhe..

Sebenarnya kami tak tau hadiah apa nak beri kat anak bujang sorang ni. Aritu dia mintak PSP sebab yang lama dah hilang. >_< Masih dipikirkan lagi boleh ke tak. Bukan aku tak nak beli takut nanti dia khayal main PSP belajar ke mana apa pun tak boleh nanti. Entahla berbelah bagi aku ni. En Faizal ko ok je dari aritu dia nak beli tapi aku tahan dulu. Tengokla camner nanti.



Aku rasa sekejap je Aiman ni dah bujang dah ada adik dua orang. Boleh diharap kalau suruh jaga adik-adik dia. Memang aku percaya kat dia. Aqil bila aku jerit "Abang!!!!!!!!!!!! ambik Aqil ni!!!!!!!!!!" memang muka gelabah la budak kecik tu takut kene hangkut dengan abang dia cecepat sembunyi celah mesin basuh dengan muka budget comel. T_______T

Aiman pun senang nak urus dia kalau nak pergi sekolah tu sekali dua je aku tepuk bontot dia terus bangun masuk bilik air senang sangat. Sejak dah sekolah PRA ni dia semakin boleh diharap contohnya homework dia akan settle sebelum masuk tido tanpa aku suruh. Aku cuma perhati je dia buat. So far dia ok dah banyak kemajuan. Alhamdulillah. Dia juga sangat exsaited kalau suruh pergi kelas tusyen kat Smart Reader.

Aiman juga seorang abang yang sangat penyayang dan seorang yang sensitip.(macam aku la tu) dan juga pembersih. Dia tak suka sangat kotor-kotor ni baju sekolah dia pun jarang aku tengok ada comot-comot. Kalau aku suap makan tu bukan main luas dia nganga mulut dia tak mau bagi comoot mulut dia. Kalau toilet  memang dia memilih kalau kat stesen minyak memang dia tak nak kecuali terpaksa. -_- Bau busuk pun tak boleh hidung dia sangat sensitip bila Aqil yak-yak...terjerit-jerit suruh aku cebukkan. huh

Aiman masih menyusu. Memang aku akan pastikan dia menyusu selagi dia nak menyusu dan dia memang dah lama tidur sendiri dengan Ilman. Memang tak ada masalah nak pisahkan dia tidur. 

Satu perangai dia yang aku tak berkenan ialah suka menyakat adik-adik dia. Adoi mau migrain pale aku dengar budak terpekik-pekik. >_<

Sempena Ulangtahun Aiman ni Ibu, Ayah, Ilman & Aqil nak bagitau yang kami sangat-sangat sayangkan abang. Semoga Abang Aiman menjadi anak yang berjaya hidup dunia & Akhirat dan jadi anak yang soleh. Amin.








P/s : Esok rancang nak ajak anak3 jalan-jalan tapi En Faizal nak ke????

Thursday 10 May 2012

Mensyukuri NikmatNya...

Baru pas baca suratkabo.. aku kan baca suratkabo malam orang dah nak baca cerita pasal esok aku baru nak baca cerita semalam...hhahahha...tapi aku ngeri nak baca sebab macam-macam kes kan sekarang ni?? yang tak terpikir dek akal pun berlaku masa ni..menakutkan...

Muka depan HMetro ada cerita pasal ibu dera bayi perempuan dia yang masih kecik baru merangkak..alahai aku pikirla mesti mak dia ni tengah meroyan dengan laki dia tu yang lepaskan kat anak. Kang nak meroyan dengan laki kene laki ko baran ko yang disepak terajangnya so inisiatif ko kat anak la so ko boleh pukul sesuka hati ko..boleh gitu???!!! 

Bila fikiran di pengaruhi syaitan akal fikiran sudah tak berguna lagi...aku dah tau pasal video ni masa kat opis semalam..kecoh kawan-kawan aku ajak tengok video dia tapi aku memang tak akan tengok sebabnya aku akan emosi selama seminggu dan akan terbayang-bayang..>_< 

Bila ko nak pukul anak pikirla dulu macamana sakit dan susahnya nak keluarkan diorang tu..Bertarung nyawa antara hidup dan mati. Masa tu hanya pikir buat yang terbaik supaya anak yang dilahirkan selamat tak pikir dah pasal nyawa sendiri. Pastu senang-senang je ko nak pukul sepak terajang dia. Pikir pakai otak bukan pakai kaki..

Hukuman 18 bulan penjara pada aku macam tak berbaloi dengan apa yang dia buat kan??? sekejap sangat kot tak sempat nak bertaubat dah keluar penjara pastu buat lagi sebab tak insaf..hishhh....Nauzubillah

Pengorbanan ibu sangat-sangat besar supaya anak dapat dipelihara dengan penuh kasih sayang, beri didikan sempurna serta melindungi mereka. Harga kasih sayang seorang ibu memang tidak terbayar dengan wang ringgit. -_-

Ibu-ibu di luar sana yang ada anak bersyukur dengan kurniaan diberi Allah sesungguhnya kita amat beruntung  kita diberi peluang untuk mengandung, melahirkan dan mempunyai anak sendiri berbanding dengan mereka yang masih berusaha keras untuk mendapatkan anak. 

Hargailah setiap detik bersama anak3 tersayang sesungguhnya mereka adalah harta dunia akhirat. Amin..




P/s : Hari ibu 13 Mei kan???

Wednesday 9 May 2012

Wordless Wednesday - cute

Muka budak kecik kat tengah tu cute pulak terpenyek gitu...^_^





Piece~(^_^)v

Doa untuk anak-anak...

Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
 
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita : 

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. 

ASSALAMUALAIKUM 
WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

 1- ASSALAM : SEJAHTERA.  
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

 2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.  
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan? 

 3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH 
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya. 

 Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak. 

 Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak. 

 Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
 Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah. 

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah =) 
 
 
Sumber : friend
 
 
 
P/s : Semoga dapat diamalkan semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. sekadar berkongsi Ilmu.
 
Alhamdulillah

Tuesday 8 May 2012

My sisters


Aku adik badik ada 5 orang 4 pompuan sorang lelaki. Memang best ada ramai adik pompuan ni sebab boleh pinjam-pinjam barang diorang..hahahaha...saiz lebih kurang je so bedal je sape-sape punya..^_^

Tapi  mak ngan abah dapat cucu semuanya lelaki 4 orang lelaki. Fuhhhh..bila balik semua memang hiruk pikuk la rumah mak aku tu...siap pesan dengan mak awal-awal kalau kami balik simpan semua barang-barang yang berkaca-kaca ke apa ke. Kalau cucu-cucu dia balik memang langsir mak tu jadik alat senggayut diorang je. 

Minggu lepas balik Aiman pecahkan almari cermin mak. Berdarah kaki dia untung tak kene kepala. geram sungguh memang sesaat pun tak reti diam asik nak berpencak silat je. En Faizal ko lata nak ganti. Call mak " Mak Aiman pecahkan cermin almari mak." Mak jawab " Dah pecah nak buat camner...seb baik tak kene kene kepala"..ermmmm ok..sayang ko cucu dia tu...T________T

Aku anak tiga lelaki adik aku yang tudung coklat tu sorang lelaki...ngeee aku nak usaha carik anak pompuan ni..tapi takut amik risiko...Apa-apa pun semuanya rezeki Allah..apa yang ada kita bersyukur...

Kami susah nak berkumpul sesama sebab masing-masing sibuk kerja kalau dapat pun kebetulan je.Sorang keje opis, sorang keje kedai emas sorang keje kedai tudung..ok komplet...ngeee..

Kalau nak tudung " Yanie ada tudung cantik-cantik tak??" Yanie " semua cantik nak ke??" "simpankan soploh"...hehehhe

kalau nak tau emas " Irah emah bape RM segram??" Irah " RM190" ok bye...tak mampu...-_-


Piece~(^_^)v








 
 

Monday 7 May 2012

cucu atok abah....

Abah adalah panggilan untuk abah aku..eh paham ke...anak-anak abah 4 orang pompuan sorang lelaki tapi dapat cucu semuanya lelaki...dia sangat bangga ok...heheheh..

Cucu-cucu kesayangan atok abah & nenek. Dari kiri Adam (anak adik aku no 3), Atok abah, Aqil & Aiman.

Cucu atok abah ada 4 orang tapi sorang tengah tidur masa ni iaitu Ilman...ok tu je nak bagitau sebab aku sangat-sangat suka pic ni. Luv it sooo much...^_^


Piece~(^_^)v

helllooooo..hellloooo..


Salam,

Hai lama dah rasa tak updet blog ni bukan apa agak sibuk sikit dengan kerja-kerja opis ngan kerja menguruskan anak3. Memang kadang tu nak sangat updet blog tiap-tiap hari non stop sampai kematu jari tapi apakan daya komitmen yang lebih penting perlu diutamakan.

Pada aku kerja dan keluarga lebih penting dari segala-galanya. Blog pun penting dan kesayangan jugak tapi maybe no 3 penting la. Gitu. Anyway blog tetap kesayangan tuan punya okeh. Reader aku jangan salah sangka tau. Tetapla memberi sokongan padu pada aku ye sebab aku sangat-sangat memerlukannya. Eh ade ke reader blog aku ni??ngeeeeee..>_<

Insyaallah ada bahan untuk aku kongsi pastinya aku akan tulis kat blog. Dun worry k!!
1 Mei semalam korang jalan mana ek? Aku cuti empat hari sebab Isnin aku sambung amik cuti so panjang la sikit duk umah tu. Heheheh. Isnin tu aku pergi tengok wayang dengan En Faizal sebab kebetulan memang dia off aritu. Bukan senang nak dapat cuti sama dengan dia tau mengalahkan Perdana Menteri nyampah…

Kami tengok cerita The Avengers. Fuyyooo sangat best itu cerita macam nak tengok wayang sekali cerita yang sama. Ok la anak pun boleh bawak sebab cerita tu bukan 18SX..hehehhe sesuai untuk semua golongan. Terlupa sekejap yang kami ada anak 3 punya la jakun jarang dapat kuar sama-sama. T___________T

Tetiba balik tu terlepas cakap dengan Aiman yang kami pergi tengok wayang. Oh dia sangat jeles sampai bergenang airmata. Ngehehehhe. Pastu mulut dia doplohpat jam tak berhenti cakap nak tengok wayang jugak. Ok..ok…nanti kita pergi lagi…ntah bila…bhahahhaha.

 Sampai keluar Jusco masih meleleh air mata...ngeee hilang encem...huh

Semalam aku dengan En Faizal bawak anak3 jalan-jalan punyala ramai orang sesak sangat-sangat cari parking pun hamper nak giveup. Huh aku kan rimas reramai sangat orang ni. En Faizal ko bawak budak-budak masuk TOY ‘R’ US. Memang penyakit okeh nukan Ilman & Aqil tapi Aiman. Dia mengaruk nak menan. Malas nak layan aku ajak En Faizal balik. Sebenarnya kami sedang berfikir-fikir nak belikan dia hadiah besday bulan ni tapi tak de keputusan lagi nak beli apa. -_-

 ni la budak yang hilang tu buat aku kering darah je..>_<
 
Balik singgah pulak Pasar Malam sebab aku malas masak. Aku memang hangin Ilman hilang lagi padahal En Faizal ko kata dia dah pimpin dia. Aku memang terus takde mood okeh nak beli makanan nasib baik sempat beli kebab. Kami berpecah aku carik belah sana En Faizal carik belah sinun. Last-last aku jumpa dia dah kene kerumun dengan orang ramai sebab dia melalak kuat. Ada pulak aku dengar penjual kat situ menjerit “ Dah tak sayang anak ke oiiiiiiiiii” Helloooooo bukan aku tak sayang anak okehhh binatang pun sayang anak. Kalau tak sayang dari kecik aku dah buang. Cakap tak pakai otak benci aku. >_<

Menggigil kepala lutut aku jangan nak cakap terus aku rentap tangan dia terus ajak balik. Aku diam sepanjang jalan tak nak cakap. Meroyan aku. Kalau boleh tak nak pikir lagi. Mwmang serik la akunak ajak budak3 pergi tempat yang reramai orang ni. Jangan salahkan ibu korang ni kalau korang tak pernah nak ajak pergi pasar malam..hahahahhahah. kejam.

Sangat geram ini budak kecik sebab masa ni dia dah gigit aku sebanyak 3 das sekali gus..berlebam-lebam badan mak ko Qil...

Ok aku dah habis meroyan. Babai.



Piece ~(^_^)v







P/s : Niat dihati  nak selalu updet blog tapi apakan daya...hukhukhuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...