Nuffnang

Thursday 26 April 2012

upah budak baik


Nampak telur ayam tak???ekekekke..kejadian berlaku pukul 9pm tadi..tau la kan Aqil ni mana leh nampak aku asik nak mengeleset je. Aku pergi dapur dia kejar pastu lari-lari tetiba jatuh terlanggar bucu caunter bar aku tu..memang kuat bunyi dia..terus aku terpa dia tengok dah bertelur dah dahi dia. 

Cecepat tuam ngan air suam bagi reda sikit bengkak tu..hishhh dah la En Faizal ko keje malam..suka buat aku panik tau..terus aku mms En Faizal ko tunjuk gambar anak kesayangan dia ni..seminit je terus call dari atas kren. ok aku kata dah settle dia pun takk muntah. Lega.

Tengok besar gak la bengkak kat dahi dia tu, aqil dah tidur pas minum susu. kene jap-jap jengah dia ni. risau.

Petang tadi lak Otw balik umah dah masuk taman umah aku pun nak masuk simpang aku nak langgar orang naik motor. Berderau ke jantung darah aku tadi seb baik sempat brek kalau tak memang masalah besar tapi aku memang tak pasan langsung motor tu. Hishh cuainya aku tadi..pasni buat pengajaran kat aku bawak kete hati-hati jangan asik nak merempit je..eh ye ke?? tak la...T_____________T

Tak nak bagitau En Faizal nanti dia bebel aku seminggu tak habis..nanti-nanti dah lapang aku cerita la...ngeeeeeeeee

Hope esok benjol kat dahi Aqil kurang sikit bengkak dia. -_-

Anak3 dah tidur tapi aku tak tidur lagi walaupun mata ngantuk tahap nak pengsan tapi tak leh tidur sebab pinggang aku rasa macam nak tercabut je dia punya lenguh. Maybe sebab bendera merah kot. >_<

Piece~(^_^)v







P/s: Esok ade taklimat kene pergi sorang-sorang kat Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. 

Aqil Vs BFF

 "Niny ni apa ek kaler ijau ni?? Niny tau tak??? Macam sedap ek..."

"cuba rasa la Niny, Uwekkkk rasa dia pedas-pedas la Niny..apa ni??? tak sedap langsung" 
  
kelentung Aqil campak Vicks kat dinding.-_-

 "Alamak Ibu dah tau la Aqil campak tadi...Ibu jangan marah ek..Sayang Ibu ketat-ketat"

Tengok tu belakang tu kawan-kawan Aqil yang setia menemani Aqil bila Ibu kurung Aqil dalam katil ni sebab Aqil tak reti duduk diam. Ramai kan kawan-kawan Aqil tu.

 "Haaa ibu dah kuar jom kengkawan kita tarik langsir ibu pulak...Ibu tak nampak tu...Jommmm"
 
 " Alamak!!!!! kantoiiii..Ibu datang pulak....baru nak buat keje...hishhhh"

" Niny sebelum ibu lepuk peha Aqil yang gebusss ni jom kita tidur la..nanti ibu tak jadik lepuk Aqil"

ZZZZzzzzzzzzZZZz...



*Niny ialah Barney kesayangan Aqil.

Piece~(^_^)v







P/s : Tadi lunch makan free opis bagi. Alhamdulillah kenyang.

Wednesday 25 April 2012

Ada Aku kesah...

Salam, nak tidur pukul 9.30pm so ada masa lagi nak tulis entry ni. Entry ni pendek je tapi pada aku sangat bermakna..

ADA AKU KESAH (AAK)??? pernah dengar tak ayat tu?? tipu kalau tak pernah dengar..ayat tu memang sinonim dengan orang sekeliling aku termasuk kawan-kawan aku sendiri. Ikhlas aku tak pernah sebut atau teringin sebut ayat tu. Terasa janggal sangat-sangat. Mesti ingat aku poyo atau budget bagus pulak. NO!!!!

Aku memang kurang gemar dengar orang sebut ayat tu samada bergurau atau serius. Bingit telinga aku okeh.Tak kira umur aku tengok semua nak sebut ayat AAK tu. 

Seriusly aku akan sentap bila orang cakap AAK tu kat aku sebabnya aku anggap orang yang cakap camtu tak reti jaga perasaan orang lain atau memang jenis berlagak even nak bergurau pun aku memang tak boleh terima.-_-

Contohnya aku bagi ek..

Bila ko memang dah terbiasa lidah ko cakap AAK tak kira apa waktu pun satu hari ko berbual atau bertanya dengan anak pasal sekolah ke apa ke tetiba anak ko jawab " Ibu Ada Aku Kesah". Apa perasaan ko masa tu???SENTAP @ MARAH???or nak marah anak ko tu atau ko nak salahkan orang lain sebab anak ko agak biadap dengan ko. Semuanya tepuk dada tanya diri sendiri kenapa anak kita ikut apa yang kita buat dan diorang ingat benda tu tak salah sebab makpak pun cakap.

Walau kita rasa sesuatu benda tu memang remeh tapi pikir baik buruknya dulu bukan pada kita tapi pada anak kita yang masih kecil yang memang mudah terpengaruh dan selalunya yang tak baik memang senang nak ingat. Betul tak???

Sekarang ni memang banyak budaya yang tak elok yang makin banyak menular so kita yang telah dikurniakan akal fikiran silala pilih yang mana satu membawa manfaat dan mana satu membawa mudarat. Mana yang baik kita amalkan.

Aku tak kata Ada Kesah tu ayat mencarut ke apa tapi terpulang la, pada aku ayat tu boleh membawa kesan yang mendalam yang lebih menjurus kepada kesopanan individu. Pakai tudung cantik muka ayu tapi suka cakap AAK..Alamak...terus nampak tak manis. 

Ayat atau perkataan yang kita tuturkan itu melambangkan keperibadian diri kita.

Maafla kalau enty ni menyinggung ke apa sebab ini cuma pandangan peribadi aku je tentang ayat AAK tu sebab aku tak nak anak3 aku cakap AAK kat aku @ En Faizal. Benda kecik boleh jadik besar. 

Renung-renungkan dan selamat beramal.



Piece~(^-^)v







P/s: Sentiasa pantau apa anak3 cakap. 



Tuesday 24 April 2012

mee hoon goreng

Petang-petang ni tunjuk gambar makanan pun ok jugak. Mee hoon goreng ni ialah sarapan aku anak-beranak pada Ahad lepas. Malas nak pikir buat mee hoon pun ok jugak sebab aku sangat suka mee hoon goreng. hahaah kejam pikir tekak sendiri je.

Mee hoon ni saje aku kasik sayur bebanyak suruh anak-anak makan sayur. Aiman tu lagi la nampak tauge je nak lari terus. Kali ni memang aku tabur bebanyak tauge suruh dia makan. haahhaha..Aiman merungut tapi makan jugak. kan senang nak suruh anak-anak makan sayur. Ilman memang ikut aku suka makan sayur so dia memang tak de masalah telan semua. ^_^ 

Aiman ikut En Faizal ko tak makan sayur. Eii pelik aku orang yang tak suka makan sayur ni sebab aku ni dah macam kambing semua sayur aku bedal. En Faizal ko makan sayur kangkung, tauge, kacang panjang dengan bayam je. 

Bila aku masak lauk sayur pelik sikit je memang aku je la yang melahap semuanya. -_- Buat mee hoon ni senang je dan sedap. Alhamdulillah dapat bekalkan adik aku bawak pergi keje jugak.

Sekian cerita makanan di petang hari.

Piece ~(^_^)v






P/s : En Faizal dah start keje malam. Bosan. T_________T

milo vs biskut petak yang mabeles

Sarapan aku pagi ini ialah biskut petak HUP SENG cicah air milo yang mabeles. Masyaallah sangat sedap okeh kalah nasi lemak & mee goreng. Biskut petak ni memang feberet aku dari dulu lagi. Rasanya sangat mengancam okeh tekak aku sangat mencintainya. ^_^

Sedar tak sedar mau nak sebaris biskut tu aku leh habiskan.. Bulppp Alhamdulillah. kenyang.

Korang sarapan apa pagi ni??

Piece ~(^_^)v






P/s : Terasa macam nak diet la walaupun takde motif sebenar diet tu nak kurus ke apa???

Saturday 21 April 2012

Gerak Kemas 2012




Tadi Sabtu opis ada buat aktiviti gerak kemas. Memang aktiviti tahunan la. Pagi tadi pun budak sekolah ganti so senang sikit aku nak bangun pagi weekend ni. hahaha

Sangat penat okeh macam nak tercabut tongkeng aku...kemas segala khazanah yang berkurun disimpan tanpa tujuan (aku le tu) pejam mata campak masuk plastik hitam.fuhhh lega...

Habis dalam pukul 12 gitu terus rushing balik sebab nak ambik budak kat taska. Sampai umah aku pengsan...(tidur la) leganya dapat rehatkan badan. Anak3 pun tidur jugak ..bagus. ^_^

Ok kesimpulannya, jabatan aku dan kawan-kawan dapat no 4 jabatan tercantik. Dapat hamper comel macam kat atas tu. Alhamdulillah rezeki kami untuk kami mencekik di kala mengantuk...muhahahah.

Ok la anak3 dah bangun nak makan. 

Piece~(^_^)v








Thursday 19 April 2012

Lawa kan bunga??

 Cantik kan bunga ros atas ni, gambar ni aku amik masa cousin aku kat Segamat tu kawen. Sirih junjung sekarang bukan main vogue kan. Daun sirih ntah bape helai je bunga ros yang gojes-gojes tu yang dah gila kuasa. Dah moden semua orang nak yang ringkas tapi menawan kan?? ^_^

Zaman aku dulu kus semangat dia punya sirih junjung bersusun dari bawah ke atas cam menara sebab nak nampak dia tu sebenarnya sirih junjung punya pasal.bhahahahaha. Bunga dia sikit je buat syarat tapi sekarang!!!! bunga merimbun ko. Untungla tak payah sibuk-sibuk nak carik daun sireh sebakul. Dulu masa aku aku perintah adik aku je suruh petik daun sireh umah jiran satu-satu. Aku??? aku kan perantin mana boleh petik-petik ni...muhahahaha keji..

Korang kan tau kan aku ni jiwa sentimentel, hati tisu, suka yang bunga kat umah pun ada pokok bunga muhahahah, suka yang cantik-cantik la senang cakap so aku dah bermimpi nak letak bunga hidup sebagai hiasan di rumah. Nampak sweet je rumah romantik je dengan En Faizal ko candle light dinner pun menawan (erk cam tercekik tulang ikan pulak)

 Aku : Yang nak letak bunga hidup buat hiasan kat meja makan lawa kan?
En Faizal : Boleh jugak. lawa-lawa
Aku : Ayang kene carik pasu kaca pastu barula pilih bunga, nak letak atas meja makan, tepi tv atas meja telepon
En Faizal : Ermmm kalau berderai ke bunga tinggal tangkai je jangan nak mengamuk-ngamuk pastu ek..
Aku : (semangat tu dari 10 turun ke  0) nyampah tau....uwaaaaaaa betul jugak


Maybe bila anak-anak dah besar sikit boleh la aku nak melaram rumah cantik-cantik sikit. Masa tu suka hati anak tekak aku la nak buat apa pun. Sape usik memang aku karate je. ^_^

Wei aku pernah buat la letak pasu kat atas meja tu dengan letak bunga hidup Aiman & Ilman tak usik ko..diorang tak berminat gaknya bunga-bunga ni. Tapi sekarang ada Aqil budak kecik tu pulak dah tak reti diam. uwaaaaaa terbantut lagi la nampaknya.

Kang dah beli pasu memahal tup-tup sompek jatuh mau murung aku seminggu tak bercakap. kahkahkahkahkah..T_____T

Piece~(^_^)v









P/s : Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 4 berpuasa. Esok cuti la sebab ada orang nak banje makan bekpes. lalalalla.

"SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84"

Lama dah rasa tak masuk segmen kali ni nak join segmen ni pulak. Klik [SINI].

-HAPPY BLOGGING-

Piece ~(^_^)v

Wednesday 18 April 2012

Tuesday 17 April 2012

jalan-jalan kenduri kawen-PART 2

Minggu lepas hari Sabtu cousin aku kawen kat Felda Palong 6, Segamat. Aku gerak dari umah Gelang Patah pukul 7am. Sebenarnya terbangun lambat padahal dah kunci jam. Call mak rupanya mak pun belum gerak jugak. Lega.

Sampai rumah pengantin dalam pukul 11.30am camtu. Sampai memang dah ramai tetamu yang datang. Aku sampai dulu mak ngan abah serta adik beradik aku yang lain samapi setengah jam pastu.

Rumah dia tu dekat benor dengan jalan besar motor mat rempit berdesup-desup macam angin. Bak kata cousin aku “ kat sini kalau bawak motor slow kena saman” hahaha waklu la. Anak3 aku tau je la berlari-lari sampai-sampai je aku dah macam petir terjerit-jerit kat diorang tu. Hilang segala cun yang ada. Bhahahahahha.



Amboi perut Qil cover sikit ek...terbosey..hahahah letih orang asik  nak kejar budak kecik ni je. Tak nak dukung okeh. letih mak.masuk meja main anak kucing pastu cekik pulak. Baru sampai tapi rasa nak balik je. tensiii. -_-

Adik aku Aryn. Dia la mangsa suh jaga Aqil. :)

Tengok tu bukan nak diam. Aku carik-carik dia rupanya dia tengah usha makanan nak kasik kat tetamu  tu. hishhh. 

Alip juga mangsa aku suruh jaga Aqil. hahahaha

 Makananyang dihidangkan sangat la menyelerakan sebab lauk-lauk kampung so semua orang makan dengan selera termasuk aku. muhahahah. 

Ni mainan siapa pun aku tak tau dia pakai rembat je orang punya. Pinjam boleh ambik jangan.

Bila dah jumpa bergaduh la berebut mainan. Budak dua orang ni memang aku geram dah la rumah dekat dengan jalan asik la ko nak lari-lari ke situ.  Adoiii tak senang aku nak duduk tau.

 Ni adik aku Yanie. Keje kat ARIANI. Aku dah suruh dia usha tudung raya untuk aku. muhahahah.^_^


Tengok Aqil dia memang tak leh dia walau sesaat pun ko. Semua benda dia nak capai pastu ketuk-ketuk pale orang dengan mainan. Pastu aku suruh En Faizal jaga pulak. Aqil tido dalam kereta 2 jam okeh. senyum mak ko sampai ketinga. T______T

 Ni la cousin aku Liza, cantikkan dia tapi kurus bebenor. :)

 Anyway aku ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Liza & suaminya Ihsan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat dapat baby ek. ^_^

 Sebelum pengantin duduk mari kita posing dulu. Aiman kan macam aku pantang tengok kamera. Dia kan klon aku cuma lain jantina je. hahaha

Bergambar sekeluarga sebelum balik.Eh lupa nak bagitau tudung aku sedondon dengan mak. ngeeeeeeeee

Ok tu je laporan untuk untuk kali ini. Sekian terima kasih.

Piece ~(^_^)v








P/s: Balik ni nak bukak puasa apa ek????



Luahan hati

Salam,

Status Fb aku : Menjadi diri sendiri adalah kepuasan yang tidak terhingga. Biar dikata sombong tapi hati sendiri perlu diutamakan.


Dilema aku rasa semua orang ada dilema kan?? Aku tak tau nak cakap macam mana perasaan aku ni. Perasaan ni memang tak boleh ditipu. Andai aku kata aku suka hakikatnya perasaan aku sakit ianya memang tak adil buat aku. Betul?

Hakikat aku nak semua orang suka dengan aku tapi aku tak boleh sebabnya tak semua orang suka atau faham aku. Aku memang cuba untuk paham orang tapi tak semestinya orang akan faham dan jaga perasaan aku. Mengikut sahaja rentak dan gelagat orang serta menjaga hati yang tak semestinya mereka boleh jaga hati kita. So nampak tak adil kan? 

Menjadi diri sendiri adalah kepuasan yang tidak terhingga adalah sangat-sangat praktikal buat aku sekarang ni. Aku hanya akan fikir perasaan aku dulu baru aku akan cuba faham orang lain sebab tak semua orang boleh faham aku walaupun sudah kenal bertahun-tahun. 
Bertahun-tahun adalah satu jangka masa yang lama tapi itu bukan janji seorang itu boleh kenal kita 100%. Syak wasangka & curiga mencurigai masih bermaharajalela. -_- 

Mungkin aku akan dianggap sombong tapi hanya Allah tahu akan perasaan aku. Tak nak menimbulkan curiga aku membawa haluan aku sendiri. Bukan tidak mahu bergaul tapi lebih berhati-hati. Semua orang akan senang dan aku tidak memendam perasaan yang akhirnya akan membunuh aku. 

Mungkin aku bukan jenis mudah percaya dengan orang tapi aku jenis mudah kasihan pada orang dan mungkin mereka boleh berbuat apa sahaja dengan kelemahan aku itu. >_< 

Kecewa dan sedih adalah luka yang sangat sakit ok. Lebih pedih bila dari orang yang dulunya rapat dengan kita atau orang yang kita dah kenal lama atau orang kesayangan kita. Rasa terpinggir atau aku je yang rasa begitu.

Berbuat baik kepada semua orang Insyaallah orang akan beri lebih lagi buat kita.

Berbuat baik semoga orang akan bersangka baik dengan kita selalu.

 Musuh tiada istilah itu dalam hidup aku.

Tergerak nak buat entry ni bila dengar lagu “ Sudah Cukup Sudah” dari Nirwana Band. 
Syahdu sangat.

Piece~(^_^)v







P/s:  Rasa lega bila dapat luahkan. Susie adalah Susie yang orang kenal luaran tapi bukan hati dan perasaannya.

Monday 16 April 2012

Ikan Pelaga untuk Aiman

Minggu lepas hari Khamis seperti biasa pergila pasar tani nak beli makanan. Kat Pasar tani tu memang ada sorang pak cik tu memang jual ikan yang comel-comel tu. Bekas kecik-kecik je. ^_^

Aiman kalau pergi dengan aku je memang tak dapek la aku nak belikan. Aku bukan tak kasik tapi aku tak nak ikan tu mati kalau aku beli. Hahaha. Pernah sekali tu dia terjerit-jerit nak suh aku belikan ikan. Kuat giler dia jerit “ Ibu!!!!! Belikan la abang ikan”. Aku buat tak tau je. Malas layan. Semua orang pandang aku macam aku ni ibu tiri yang kejam. -_-

Tapi minggu lepas pergi dengan En Faizal Aiman seperti biasa nak ikan. Aku dah jalan lelaju kat depan tup-tup Aiman denga girangnya pegang ikan tu dengan muka puas. Ok kita tengok sampai bila riwayat ikan tu. T______T



Sangkaan aku meleset (ayat tak boleh blah macam novel), rupanya Aiman ni penyayang okeh dia jaga betul ikan tu. Hidup lagi sampai sekarang. Aiman penyayang ikut aku la tu. ^_^v


 
Ok Aiman aku memang agak percaya sikit kalau jaga barang-barang kepunyaan dia. Aku malas nak belikan dulu bukan apa nanti last-last aku yang kene jaga. Kang mati kang caner.

Aku ada gak plan ngan En Faizal nak buat Akuarium kat umah tu. Tapi bela En Faizal ko la, aku tau cantik bersih je.hahahahha

Aku : Yang kalau buat akuarium nak cuci caner?
En Faizal : Pakai paip la sedut.
Aku : ooooo ingat pakai baldi ceduk air tu tak nak la ayang nanti becak kat dalam umah.
En Faizal : Tak la ka nada cara dia. Apala.

Ok, nampak sangat aku tak tau banyak benda ek. Sob..sob…

Piece ~(^_^)v









P/s: Insyaallah minggu ni nak ganti pose kalau boleh seminggu ni. Ya Allah kuatkan la iman ku. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...